Sejak beberapa hari lepas, ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke sebuah pusat beli belah mewah baharu iaitu TRX Exchange Mall. Selain kehadiran sejumlah kedai berjenama mewah di sini, rekaan seni bina juga menjadi perhatian umum.

Salah satu tarikan yang menjadi kegilaan anak-anak sudah semestinya di rooftop yang mana mempunyai kemudahan taman permainan outdoor yang dilengkapi air pancut. Sudah pun tular video yang memperlihatkan kawasan tersebut dipenuhi kanak-kanak bersama ahli keluarga.

Baca Juga:

@irsyadsyafiq88

Pada parents yg bawak anak2 pergi ke playground TRX Mall siap2 la bwk baju spare ya 😂 #fyp #foryoupage

♬ Nikmat Bersahabat – .

@nsyira.e

its new and free. best. lepas tu lapar masuk mall makan and sambung balik naik atas layan kids main-main sampai dorang letih. bawa extra baju if ada anak yg jenis pantang nampak air. anak sis dah besar so tak heran sangat hehe kids happy mummy and daddy pon happy #newplayground #trx #ruangceria #kualalumpur

♬ Cute – Aurel Surya Lie

Malah, menurut pihak pengurusan juga tiada masalah untuk bermain di air pancut dan untuk di kawasan gua serta air terjun, tetapi ibu bapa haruslah memberikan perhatian penuh terhadap pergerakan anak-anak mereka sewaktu di situ.

Manakala untuk tempat yang berbentuk ‘spiral’, tidak digalakkan untuk duduk secara langsung. Difahamkan, pihak pengurusan masih dalam proses untuk meletakkan ‘rules’ apa yang boleh dilakukan dan sebaliknya.

Bagaimanapun, semalam satu lagi gambar viral dekat aplikasi X menunjukkan keadaan taman permainan interaktif air berkenaan telah ditutup buat sementara waktu kerana berlaku kerosakan.

Rata-ratanya mempersoalkan sikap pengunjung terutamanya ibu bapa yang bawa anak-anak kerana tidak mempunyai common sense.

@siapalin

Kemon everyone, we can do better. Lets approciate things more lagi lagi bende free 🥺♥️ Anyways boleh je main air, bilik shower pun disediakan. Overall best!! Air terjun tu tak pasti leh mandi ke tak tapi kalau boleh trx mmg santaiii ~ #trxplayground #waterplay

♬ Ini Parah Ni – A Kiil Mustafa

Diharapkan selepas pembaikian selesai, ibu bapa lebih cakna dalam mengawasi anak-anak ketika di kawasan fasiliti dan mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi menjaga kemudahan yang disediakan.