Pemilik jenama dUCk, Vivy Yusof baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan di Instastory miliknya apbila dirinya dikecam kerana dianggap mengambil kesempatan atas konflik yang berlaku di Palestin dengan mengeluarkan koleksi produk bertemakan Palestin.

Menurutnya, syarikatnya sama sekali tidak akan mengambil sebarang duit yang diterima menerusi koleksi dUCK Palestin dan kesemua keuntungan akan disalurkan terus ke organisasi bukan kerajaan, Viva Palestina Malaysia (VPM) bagi membantu berkaitan hospital, bekalan perubatan, tempat perlindungan dan makanan di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hal itu telah meraih perhatian orang ramai dan juga selebriti, Naim Daniel dimana dalam satu hantarannya di laman X mempersoalkan tindakan usahawan, Vivy Yusof, yang mengeluarkan produk pakaian dan barangan eksesori bertemakan Palestin.

“Sama sahaja dengan Israel. Dua-dua suka ambil kesempatan,” tulis Naim Daniel.

Malah, dia juga menyifatkan tindakan Vivy Yusof yang mengeluarkan produk pakaian dan barangan eksesori bertemakan Palestin itu seolah-olah mengambil kesempatan atas penderitaan rakyat itu.

Tambahnya, penjualan barangan di bawah jenama dUCk itu adalah tidak sensitif dan bercanggah dengan konflik yang sedang dialami rakyat Palestin.

Untuk rekod, pihak VPM turut mendedahkan bahawa Vivy Yusof bersama dUCk berjaya mengutip sumbangan sebanyak lebih RM2.3 juta untuk membantu rakyat Palestin.

Dalam perkembangan lain, Israel telah menyerang Gaza dengan serangan udara dan tembakan artileri yang meragut sekurang-kurangnya 2,269 nyawa termasuk 724 kanak-kanak di kawasan Palestin yang disekat sejak perang diumumkan minggu lalu setakat ini.