Tatkala jenama-jenama kereta sedang berlumba mahu bangunkan kereta elektrik, masih ramai peminat kereta yang menghargai dan berimpian mahu dapatkan kereta keluaran tahun 90an. Lebih-lebih lagi ada sebahagian model kereta JDM (Japanese Domestic Market) yang kini harganya meningkat mencecah jutaan ringgit.
Satu video TikTok telah menarik perhatian ramai apabila seorang lelaki merakam sebuah kereta Toyota AE86 yang dipopularkan oleh manga dan anime Jepun ‘Initial D’. Bagaimanapun perasaan kagum lelaki itu telah ‘dipatahkan’ oleh seorang wanita yang duduk di sebelahnya.

Baca Juga:
- Pemilik JDM Dapat Jutaan Ringgit Selepas Mat Saleh Beli GT-R R34 Miliknya
- Nissan Skyline R34 GT-R, Legenda JDM Yang Semakin ‘Mahal’ Walaupun Cecah Usia 20 Tahun
- Dicuri Dan Dibakar Sehingga Rentung, Netizen Sayu Lihat Keadaan Terkini Nissan 180SX Ini
“Kereta JDM? Kereta apa itu? Apa istimewa dia? Macam Iswara je. Nampak buruk je,” kata wanita tersebut.
https://www.tiktok.com/@datonikk/video/7148095077162765594?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&q=datonikk&t=1664846890313
Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi ramai, lebih-lebih lagi buat peminat kereta JDM tersebut. Mana tidaknya, kereta legend buruan ramai tersebut disamakan dengan kereta ‘Proton Iswara’.
Kata netizen lagi, jika wanita itu tahu model sebenar kereta ‘Iswara’ itu, pasti dia akan terkejut kerana nilai semasanya bermula RM150,000 dan boleh meningkat tinggi lagi ekoran model tersebut sukar dicari pada masa ini.
nah untuk mereka yang perlukan rujukan pic.twitter.com/QiuCQOa4rB
— Dr.LK (@ellkeay) October 3, 2022
Harga keta buruk tu skrg dlm range rm150k. Buruk2 dia jadi buruan satu dunia tu.
— 卂ㄥ-千尺乇ᗪㄖ 𓆩♡𓆪𝕏 (@chicanoz) October 3, 2022
sissss…. kalau sis dengar harga "iswara" tu confirm sis terkezutt 😅😅😅😅
— شرينا👸🏻 (@_Shrnaa) October 3, 2022
Mcm wife saya pulak dia ckp mcm saga lama ayah dia 🥲🥲🥲 aii
— Madani (@ma_don12) October 3, 2022
Ada juga netizen menyatakan pasangannya pula menyamakan kereta Toyota AE86 itu dengan kereta tempatan lain seperti Proton Saga milik ayahnya.
Model Toyota AE86 ini melonjak naik selepas dipopularkan oleh karakter Takumi Fujiwara dalam Initial D yang mengisahkan seorang anak pemilik perniagaan kedai tauhu yang bercita-cita mahu menjadi pelumba drift underground terhebat.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.