Nampaknya teka-teki bagi tarikh pelancaran Samsung Galaxy Note 9 telahpun terjawab apabila Samsung mengumumkan smartphone flagship mereka bakal dilancarkan pada 9 Ogos ini.

Berdasarkan ura-ura, Samsung menyasarkan smartphone terbaru mereka bakal menjadi smartphone Android terpantas pernah dihasilkan. Samsung dijangkakan bakal menyertakan processor Exynos 9810 bersama 8 GB RAM. Terbaru, sebuah gambar telah tertiris memperlihatkan bahagian hadapan Samsung Galaxy Note 9.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
Screenshot-2018-06-20-at-02.34.04
Samsung nampaknya masih lagi mengekalkan rekaan tanpa takuk

Difahamkan processor ini bakal menawarkan kepantasan dan kecekapan yang lebih baik berbanding Snapdragon 845. Selain itu, pengguna model ini dijangkakan bakal turut ditawarkan dengan ruang storan sehingga 512 GB.

Berdasarkan rancangan Samsung untuk menjadikan Samsung sebagai smartphone terpantas Android dengan harga penjualan sekitar RM4,000, adakah Samsung Galaxy Note 9 baloi untuk dimiliki?