Sebut mengenai telefon pintar daripada Samsung, pastinya orang ramai cukup faham dengan fungsi serta spesifikasi serba lengkap yang ditawarkan padanya.
Pada kali ini, Samsung menerusi model Samsung Galaxy S25+ sekali lagi membuktikan mereka bukan calang-calang dalam dunia teknologi.
Baca Juga:
- Pandang Pertama Samsung Galaxy S25+: Reka Bentuk Kemas Dengan Prestasi Pantas!
- Serba Lengkap Dengan Fungsi AI, Ini Review Penuh Kami Mengenai Samsung Galaxy S25+
Hadir dengan fungsi AI yang dipertingkatkan, pastinya membuatkan pengalaman menggunakan Samsung Galaxy S25+ menjadi lebih seronok dan interaktif. Ayuh kita ketahui dengan lebih lanjut 6 fungsi AI paling power yang ada dalam Galaxy S25+ ini.
1. Now Brief & Now Bar

Menerusi fungsi Now Brief, anda tidak lagi perlu susah-susah untuk buka pelbagai aplikasi. Sama ada untuk menyemak cuaca, jadual harian, dan juga skor kesihatan semuanya ditawarkan di Now Brief.
Sementara itu, Now Bar pula bagi menawarkan notifikasi secara real-time pada lock screen. Dalam erti kata lain, anda boleh tengok updates penting seperti kesesakan trafik atau skor bola sepak dalam satu tap sahaja!
2. Audio Erase & Auto Trim
Pernahkah anda rekod video tapi ada bunyi latar yang annoying? Jangan risau, Audio Erase mampu membuang bunyi yang tak diingini secara automatik.
Fungsi Auto Trim pula membantu untuk menghasilkan highlight reel yang lebih cinematic. Serius semakin mudah untuk edit video!
3. AI Select
Menawarkan integrasi bersama Google Gemini, AI Select bakal membantu anda dalam pelbagai perkara! Semudah memberi arahan suara, AI Select akan membantu dengan cara memasang lagu, schedule meeting terus ke kalender dan sebagainya mengikut arahan yang ditetapkan. Smart betul!
4. Circle to Search
Tengah scroll media sosial dan ternampak barang yang anda minat? Jangan pening, Circle to Search membolehkan anda cari info hanya dengan bulatkan objek dekat skrin. Teknologi AI ni memang next level!
5. ProVisual Engine
Kalau anda suka ambil gambar, anda akan suka dengan ProVisual Engine ini! AI ini akan optimize gambar anda secara automatik termasuk mode Nightography untuk hasilkan gambar yang lebih jelas meskipun diambil pada keadaan cahaya malap.
6. Integrasi Dengan Google Gemini
Samsung dan Google bergabung? Confirm power! Menerusi integrasi Google Gemini, anda boleh guna AI untuk bantu buat kerja macam susun itinerary travel atau buat senarai hotel tanpa perlu keluar dari aplikasi.
Menerusi semua fungsi AI ini, Samsung Galaxy S25+ memang pilihan terbaik untuk anda yang nak smartphone pintar dan canggih. Jadi, apa tunggu lagi? Jom upgrade ke Galaxy S25+ sekarang dan rasai sendiri teknologi AI yang power ini!