Bulan lalu telah menyaksikan Samsung meneruskan trend pelancaran siri Galaxy-S yang dinanti-nantikan ramai menerusi model S25, S25+ dan juga S25 Ultra.

Ketiga-tiga model ini hadir kelebihan masing-masing dalam menawarkan lebih banyak pilihan buat para pengguna dalam mendapatkan sesebuah telefon pintar.

Kami juga tidak terkecuali dalam mencuba model Samsung Galaxy S25+. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut pandang pertama kami mengenai model ini.

Seperti model daripada siri-siri sebelumnya, Samsung seolah mengetahui resipi lengkap dalam menawarkan telefon pintar yang disukai orang ramai.

Ayuh ketahui lebih lanjut mengapa kami berpendapat siri Samsung Galaxy S25 tidak mustahil menjadi pilihan pengguna khususnya peminat sistem operasi Android.

Rekaan yang lebih premium dan ergonomik

Samsung Galaxy S25+

Samsung Galaxy S25+ menampilkan reka bentuk yang elegan dengan penggunaan bahan berkualiti tinggi. Bingkai aluminium Armor matte dan kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 memberikan ketahanan serta feel yang lebih premium.

Lebih menarik, permukaan kacanya yang hampir rata membuatkan pengalaman penggunaannya menjadi lebih menarik.

Warna-warna yang ditampilkan pada kali ini agak unik seperti yang kami gunakan pada ketika ini iaitu warna Icy Blue. Buat anda yang pernah menggunakan model sebelum ini, dapat dirasakan Samsung Galaxy S25+ lebih ringan dan ergonomik untuk digunakan.

Prestasi yang lebih berkuasa

Samsung Galaxy S25+

Menariknya dengan siri S25 pada kali ini, ketiga-tiga model ini dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaik daripada Snapdragon iaitu Snapdragon 8 Elite beserta RAM 12GB.

Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Elite, Galaxy S25+ menawarkan peningkatan prestasi yang cukup baik buat para pengguna.

Penggunaan Snapdragon 8 Elite berjaya meningkatkan keupayaan pemprosesan AI sebanyak 40%, CPU sebanyak 37%, dan GPU sebanyak 30%.

Penawaran RAM 12GB dan pilihan storan 256GB atau 512GB, jelas peranti ini mampu mengendalikan multitasking dan aplikasi berat dengan lancar. Dalam erti kata lain, sangat sesuai buat mereka yang mahukan telefon pintar terbaik untuk kegunaan jangka masa panjang.

Paparan yang dinamik

Samsung Galaxy S25+

Samsung Galaxy S25+ menampilkan skrin Dynamic LTPO AMOLED 2X bersaiz 6.7 inci dengan resolusi 3120×1440, memberikan visual yang tajam dan warna yang kaya.

Hadir dengan refresh rate 120Hz dengan kecera 2600 nits, pengalaman menonton dan bermain permainan menjadi lebih memuaskan.

Samsung Galaxy S25+

Dari segi kapasiti bateri, model ini hadir degnan bateri berkapasiti 4900 mAh sekaligus memastikan penggunaan sepanjang hari tanpa risau.

Kamera

Samsung Galaxy S25+

Tidak sah rasanya jika tidak membincangkan soal kamera pada siri Galaxy S25. Model ini dilengkapi dengan sistem kamera yangserba lengkap.

Kamera utama ditawarkan dengan lensa 50-megapixel, lensa telefoto 10-megapixel beserta zoom optik 3x dan lensa ultralebar 12MP membolehkan pengguna mengambil gambar dalam pelbagai situasi dengan kualiti yang tinggi.

Keupayaan rakaman video HDR 10-bit memastikan setiap foto yang diambil tampil jelas dengan warna yang menyerlah. Berikut merupakan sampel gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy S25+.

Samsung Galaxy S25+

Samsung Galaxy S25+

Samsung Galaxy S25+

Samsung Galaxy S25+

Samsung Galaxy S25+
Swafoto kamera hadapan
Samsung Galaxy S25+
Close-up
Samsung Galaxy S25+
Lensa telefoto 3x

Gabungan One UI 7.0 dan Galaxy AI

Samsung Galaxy S25+

Salah satu ciri menonjol yang pada siri Galaxy pada kali ini adalah integrasi kecerdasan buatan (AI) yang ditambah baik.

Salah satu ciri menonjol Galaxy S25+ adalah integrasi AI yang mendalam melalui One UI 7.0.

Fungsi seperti Call Assist membolehkan terjemahan panggilan secara langsung, manakala Chat Assist menawarkan cadangan penulisan dan sokongan terjemahan dalam aplikasi mesej. Note Assist pula membantu dalam meringkaskan teks dan mengatur nota dengan lebih efisien.

Dengan adanya pembantu peribadi AI yang mampu menguruskan emel, kalendar, dan tugasan harian, pengguna dapat menikmati pengalaman yang lebih lancar dan produktif. Kami yakin akan akan dapat menyesuaikan diri dengan ciri-ciri AI dalam masa yang singkat sahaja dengan Samsung Galaxy S25+.

Harga

Samsung Galaxy S25+

Galaxy S25+ menunjukkan bahawa Samsung terus mengutamakan inovasi dan kualiti. Menerusi reka bentuk premium, prestasi tinggi, dan integrasi AI yang canggih, peranti ini berpotensi menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari telefon pintar unggul.

Dari segi harga, Samsung Galaxy S25+ mulai ditawarkan dengan ruang storan 256GB dan 512GB masing-masing hadir dengan harga RM4,999 dan RM5,999.

Sebuah tanda harga yang premium, namun sekiranya anda sedang mencari telefon pintar dengan sistem operasi Android yang lengkap dari segala aspek serta dibantu dengan teknologi AI, Samsung Galaxy S25+ mungkin adalah jawapannya.

Model ini juga turut sesuai buat mereka yang mahu mendapatkan telefon pintar yang serba lengkap untuk kegunaan yang jangka masa panjang berdasarkan spesifikasi yang tersedia tanpa mahu berbelanja lebih bagi model Samsung Galaxy S25 Ultra.