Setiap tahun, jenama telefon pintar berlumba-lumba menghasilkan peranti yang boleh menarik minat pengguna. Begitu juga ramai yang jual gimik untuk nampak peranti mereka ‘gah’ berbanding jenama yang lain.
Tetapi tidak bagi model Galaxy Z Fold8. Ketika kami dijemput untuk melihat peranti ini sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 22 Julai yang lalu, model yang paling menarik perhatian kami adalah model Galaxy Z Fold8.
Bukan menolak keupayaan Galaxy Z Fold8 Ultra (yang jauh lebih padu) & Galaxy Z Flip8 (yang jauh lebih trendy), tetapi Galaxy Z Fold8 ini ‘rasa lain’ daripada yang lain. Terutamanya bila anda pegangnya di tangan.
Kalau ada satu perkara yang Samsung berjaya lakukan dengan Galaxy Z Fold8, ia adalah menjadikan telefon fold terasa lebih praktikal untuk kegunaan harian.
Galaxy Z Fold8 main sentimen ‘unik,nostalgia’

Perubahan terbesar Fold8 bukan datang daripada processor atau kamera, tetapi rekaan fizikalnya.
Sejak Galaxy Fold pertama diperkenalkan pada 2019, ramai yang kagum dengan konsep telefon yang boleh bertukar menjadi tablet. Vocket juga antara yang pertama berpeluang untuk review model pertama siri Samsung Z Fold, memang banyak penambahbaikan telah dibuat berbanding model yang pertama.
Bagi Z Fold8 ini, rekaannya yang ‘petak’ sebenarnya sangat unik. Ia rasa dekat di hati dan ‘main’ elemen nostalgia. Bagi generasi millenial dan mereka yang lebih berusia, bila menggengam Fold8 ini, terasa seperti menggenggam peranti pintar generasi lama yang petak. Contohnya peranti BlackBerry, Kindle dan iPod Classic Generation 1.
Bagi generasi yang muda, saiz Fold8 ini Cover Display: 5.5 inci dengan 10:16 aspect ratio (1264 x 1848 resolution), Inner Display: 7.6 inci dengan 4:3 aspect ratio) adalah sesuatu yang baharu untuk mereka. Jadi mereka rasa tergerak untuk mencubanya.
Saiznya yang mirip pasport juga membuatkan peranti ini unik. Bagi mereka yang gemar mengembara tu, rasa seronok sahaja bila pegang peranti ini. Sikit-sikit rasa nak keluarkan dari dalam poket. Memang nice to hold.
Bentuknya buat skrin luar & dalam rasa lebih ‘ngam’
Memang ada satu masalah bila seseorang nak bertukar ke peranti jenis foldable — kita suka teknologinya, kita kagum dengan rekaannya tapi dalam kepala masih ada satu soalan: “Boleh ke benda ni betul-betul jadi daily driver?”
Selepas 2 minggu menggunakan Samsung Galaxy Z Fold8, jawapan kami kali ini lebih yakin: boleh. Malah, Fold8 mula membuatkan kami rasa smartphone biasa rasa ‘terhad’.
Model terkini lebih nipis, lebih ringan dan lebih lebar berbanding generasi sebelumnya. Bila dipegang, ia tidak lagi terasa seperti dua telefon yang dilekatkan bersama. Malah, cover screen kini cukup selesa digunakan untuk membalas mesej, melayari media sosial atau membuat panggilan tanpa perlu membuka telefon setiap masa.
Perubahan ini mungkin nampak kecil, tetapi dalam penggunaan harian ia memberi impak yang sangat besar.
Saiz Skrin Yang Cukup Sifat Luar & Dalam
Fold8 masih menawarkan paparan dalaman 7.6 inci yang luas, tetapi apa yang lebih penting ialah aspect ratio baharu pada cover display.
Hasilnya, menaip terasa lebih selesa, aplikasi kelihatan lebih natural dan keseluruhan pengalaman menggunakan telefon ketika ditutup hampir sama seperti telefon flagship biasa.
Apabila dibuka, ia terus berubah menjadi sebuah tablet mini yang sesuai untuk membaca artikel, membalas e-mel, menonton video atau membuka beberapa aplikasi serentak.
Jujurnya masih ada beberapa aplikasi yang ada ‘bug’ dan nampak tak cantik. Tetapi apabila ada system update, ‘kesalahan’ itu telah diperbaiki dan pengalaman pengguna pun jadi lebih baik.
Peranti Terbaik Untuk Content Creator
Kalau anda seorang content creator, Fold8 antara telefon yang paling menyeronokkan untuk digunakan.
Sunting video menggunakan CapCut terasa lebih puas kerana timeline lebih luas dan ruang kerja lebih besar. Begitu juga ketika menggunakan Canva atau Lightroom untuk melakukan suntingan pantas ketika berada di luar.
Ia mungkin tidak dapat menggantikan laptop sepenuhnya, tetapi cukup membantu untuk menyiapkan kerja tanpa perlu membuka komputer.
Multitasking Masih Antara Yang Terbaik
Samsung terus mengekalkan kelebihan mereka dalam aspek multitasking.
Membuka YouTube, e-mail dan WhatsApp secara serentak bukan lagi sesuatu yang luar biasa untuk Fold8. Semuanya berjalan lancar tanpa rasa sempit, menjadikan telefon ini sesuai untuk mereka yang banyak bekerja menggunakan telefon. Yang penting, buka multiple apps pun tak terasa berat.
Kamera Yang Memuaskan
Di atas ini adalah contoh video yang dirakam dan disunting dengan Fold8 tanpa disunting warnanya. Cantik dan rich kan warnanya?
Dari segi kamera, Fold8 masih menawarkan hasil yang baik dengan warna yang konsisten, rakaman video stabil dan dynamic range yang memuaskan.
Kelebihan terbesar telefon fold masih kekal sama — anda boleh menggunakan kamera utama untuk mengambil selfie dengan bantuan cover display, menghasilkan gambar yang jauh lebih berkualiti berbanding kamera hadapan biasa. Kalau nak buat vlog, memang nampak muka kita dan framing pun jadi lebih cantik.
Namun, disebabkan Fold8 cuma hadir dengan dua kamera (Main Camera: 50 MP, f/1.8, 23mm wide, 1/1.56″, OIS dan Ultrawide Camera: 50 MP, f/1.9, 120˚), maka gambar atau video yang di zoom bukanlah kekuatan peranti ini. Tetapi jika gambar yang tidak perlu zoom habis, ia cukup hebat.
Sambutan Awal Yang Sangat Positif
Perubahan rekaan ini nampaknya turut diterima baik oleh pengguna.
Samsung mendedahkan siri Galaxy Z Fold8 mencatat rekod tempahan awal tertinggi untuk siri Fold di beberapa pasaran utama. Di United Kingdom misalnya, tempahan awal meningkat sekitar 70% berbanding Galaxy Z Fold7, menunjukkan ramai pengguna menantikan perubahan yang dibawa pada model kali ini.
Ia membuktikan satu perkara — pengguna bukan sekadar mahukan telefon yang lebih berkuasa, tetapi peranti yang lebih praktikal digunakan setiap hari.
Ada Kekurangan?
Sudah tentu. Walaupun peranti ini ada sokongan wireless charging, tetapi ia tiada magnet terbina untuk ‘melekatkan’ peranti ini pada pengecas. Solusinya? Anda kena beli casing yang ada magnet jika anda mahu pengecas anda melekat pada Fold8 ini.
Dan disebabkan rekaannnya yang unik, awal-awal penggunaan ada juga rasa nak terlepas. Kami juga ada insiden yang hampir terlepas peranti ini ke lantai ketika keluarkan peranti ini dari poket. Solusinya? Anda beli casing yang ada pemegang di belakang. Pasti anda akan rasa lebih lega.

Selain itu, penggunaan skrin dalaman untuk tempoh yang lama ketika menyunting video atau menonton kandungan sememangnya memberi kesan kepada penggunaan bateri. Mana-mana peranti pun sama sahaja kan?
Kalau anda yang jenis particular dengan bunyi, speaker pada peranti Fold8 ini hanya di satu bahagian sahaja. Tapi ini bukan masalah besar sebab majoriti kita dengar lagu atau tonton video dengan earbuds. Nak nampak lebih bergaya? Guna peranti ini dengan wired earphones.
Persoalannya: Berbaloi untuk beli?
Galaxy Z Fold8 mungkin bukan peranti untuk semua.
Namun, jika anda seorang content creator, sering multitasking atau mahukan sebuah telefon yang boleh bertukar jadi tablet pada bila-bila masa, Fold8 menawarkan pengalaman yang sukar ditandingi oleh telefon biasa.
Satu lagi, skrin Galaxy Fold8 juga telah ditambah baik dan bahagian lipatan di skrin seperti tidak kelihatan lagi jika dari sudut pandangan pengguna utama. Sesuatu yang perlu dipuji.
Fold8 juga kini lebih nipis dan ringan,sekitar 201 gram (tanpa casing). Bila dipegang, perbezaannya memang terasa — terutama kalau anda sebelum ini pernah menggunakan generasi Fold yang lebih berat.
Jika anda mencari peranti ‘mini workstation’, Fold8 ini adalah untuk anda. Dengan harga RM7,099 untuk model 256GB, kami jamin peranti ini bakal jadi satu great buy untuk anda.
Saranan kami adalah untuk anda cuba dan feel sendiri Galaxy Z Fold8 di mana-mana Samsung Experience Store berhampiran anda. Tapi kena hati-hati. Takut jatuh hati bila dah cuba nanti.