Kecoh minggu ini apabila Samsung Galaxy Note 7 yang baru sahaja dilancarkan telah mendapat imej buruk berikutan masalah bateri yang meletup. Daripada apa yang dapat kami lihat sepanjang minggu ini juga, pengguna Apple lebih teruja mengenai isu ini.

Dikatakan isu bateri meletup tersebut berpunca daripada bateri keluaran Samsung SDI. Sebanyak 70% Note 7 menggunakan bateri keluaran Samsung SDI. Selebihnya dihasilkan oleh ATL, sebuah syarikat dari China.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat ini hanya peranti untuk pasaran China, Hong Kong dan Macau menggunakan bateri dari ATL. Dalam erti kata lain, Samsung Galaxy Note 7 yang dijual di Malaysia sebelum ini berpotensi untuk meletup.

Sebanyak 2.5 juta telefon Note 7 telah terjual dan 35 daripadanya telah mengalami bateri meletup. Cuma 0.000014% yang terlibat. Boleh dikatakan masalah antara ‘rare cases‘ lebih-lebih lagi buat telefon flagship.

Walaubagaimanapun, tahniah buat Samsung yang sanggup menghabiskan wang yang besar untuk menarik balik jualan telefon Note 7 sebagai langkah keselamatan. Tak dilupakan juga Samsung Malaysia yang sangat responsif menangani isu ini.

Sebanyak $1 Billion telah digunakan Samsung bagi menyelesaikan masalah ini dan kemungkinan lebih lagi yang diperlukan untuk membaiki semula imej Samsung selepas ini. 

Sumber