Bersempena sambutan Hari Ibu, terdapat sejumlah syarikat terkemuka menjalankan promosi menarik sepanjang minggu ini. Samsung kali ini turut merebut peluang untuk memberikan rebat buat para pelanggannya.
Selaras dengan sambutan ini, Samsung berbesar hati menawarkan rebat sehingga RM800 apabila anda membeli tablet yang terpilih di dalam promosi ini. Ini termasuklah Galaxy Tab S7 FE, Galaxy Tab 8 series, Galaxy Tab S6 Lite dan Galaxy Tab A7 Lite.
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- Penat ‘Mengemis’ Hutang? Ini Cara Mudah Mengutipnya Dengan Aplikasi MAE
Promosi ini bakal berlangsung sehingga 31 Mei kelak. Jadi, anda masih sempat untuk membeli hadiah buat ibu di samping membuat persediaan untuk Hari Bapa yang bakal disambut tidak lama lagi.
Jika anda mahu memberikan hadiah bermakna buat yang ibu bapa tersayang, inilah masa yang sesuai untuk berbuat sedemikian.