Hujung minggu ini telah berlangsungnya RXZ Members 5.0 yang diadakan di Terengganu. Himpunan RXZ Members 5.0 ini telah menyaksikan puluhan ribu motosikal Yamaha RX-Z hadir memeriahkan acara yang diadakan.

Di sebalik minat yang tinggi serta sanggup meredah Yamaha RX-Z dalam jarak yang jauh semata-mata untuk hadir RX-Z Members 5.0, difahamkan terdapat peserta yang hadir tanpa berbekalkan motosikal mengikut spesifikasi yang lengkap dan selamat.

Hal ini telah membuatkan ratusan motosikal telah ditahan pihak polis serta disaman. Bukan itu sahaja, sekatan yang dibuat pihak polis telah membuatkan segelintir peserta sanggup meredah divider lebuh raya semata-mata untuk mengelakkan daripada dikenakan tindakan pihak polis.

Tindakan yang dilakukan serta dirakam ini secara tidak langsung telah menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan netizen.

Terdapat netizen yang berpendapat kehadiran sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis seolah menyekat minat mereka terhadap jentera Yamaha RX-Z.

Sumber: Facebook Fikri Tiger Fikri Tiger
Sumber: Facebook Fikri Tiger Fikri Tiger
Sumber: Facebook Fikri Tiger Fikri Tiger

Tidak kurang juga yang bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa kerana berpendapat terdapat segelintir peserta Yamaha RX-Z ini seolah sengaja ingkar membawa motosikal mengikup spesifikasi atau tanpa lesen.

Sementara itu, perkongsian mengenani ‘RXZ Members Terengganu Problem’ turut trending di media sosial selepas terdapat peserta yang berang dengan pihak polis yang membuat sekatan yang banyak terhadap acara yang diadakan di negeri tersebut.