Sudah menjadi kebiasaan dalam negara kita di mana individu yang mampu memiliki Toyota Alphard atau Toyota Vellfire dianggap sebagai golongan yang berjaya.

Malah, kedua-dua kereta ini turut menjadi pilihan golongan usahawan serta bangsawan berikutan keselesaan serta status yang dipamerkan pada kenderaan ini.

Di sebalik kegilaan segelintir orang ramai yang mahu mendapatkan kereta MPV mewah ini, tular sebuah perkongsian ringkas daripada TikTok @aien_suraya yang memaklumkan tersilap langkah dalam membeli Toyota Vellfire.

@aien_suraya

Replying to @Putra Adly Adly alamak pecah tembelang πŸ˜”

♬ Top Topan – πŸŒ™ΚŠΚ€ΚΦ…Φ…ΥΌ

Menurutnya, beliau yang sudah bergaji RM10,000 sebulan pada awalnya berpendapat sudah cukup mampu untuk menanggung hutang serta kos pengendalian Toyota Vellfire. Hal ini membuatkan beliau memilih untuk mendapatkannya.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah selepas memilikinya di mana beliau memaklumkan terpaksa menanggung hutang ansuran mencecah RM3,000 sebulan.

Luahan yang dibuat tersebut sekadar berkongsi kepada orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan kenderaan mewah yang memerlukan bayaran ansuran yang besar. Lebih menenangkan hati mendapatkan kereta mengikut kemampuan sendiri.

Perkongsian ringkas tersebut telah mendapat perhatian para netizen yang rata-ratanya bersetuju gaji yang lebih besar diperlukan untuk memiliki sebuah Toyota Vellfire. Berikut merupakan antara respon netizen.

Bukan itu sahaja, terdapat komen netizen yang memaklumkan memiliki gaji RM30,000 sebulan membolehkan seseorang itu selesa memiliki model baharu Toyota Vellfire ini.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati agar tidak terpedaya dalam mendapat kereta mewah kerana mungkin bakal memberi kesan besar kepada aliran kewangan kelak.