Demi kereta MPV mewah elak ditarik pihak bank, seorang lelaki sanggup memasang nombor plat kereta isteri pada kereta tersebut.

Bagaimanapun tindakan lelaki itu ‘terkantoi’ selepas dia ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Sungai Buloh-Shah Alam, petik laporan New Straits Times.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Lelaki berusia 36 tahun itu memandu Toyota Alphard kira-kira jam 11.51 pagi sebelum ditahan oleh pegawai JPJ.

Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan berkata ketika kejadian, suspek bersama isteri dan anaknya menghadiri pameran pertahanan diri di sebuah pusat beli-belah di Subang.

Elak Ditarik Bank, Suami 'Kantoi' Pasang Nombor Plat BMW Isteri Pada MPV Mewah
Sumber Gambar: Facebook JPJ Negeri Selangor

“Semakan awal mendapati suspek mempunyai lesen memandu tamat tempoh pada 2028.

“Pegawai kami menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu dan mendapati ia menggunakan plat yang tidak sepadan dengan jenama dan model kenderaan yang didaftarkan.

“Siasatan lanjut mendapati suspek telah menggunakan plat kenderaan berkenaan selepas berpindah ke sini dari Sarawak,” katanya.

Guna nombor plat BMW pada MPV mewah
Elak Ditarik Bank, Suami 'Kantoi' Pasang Nombor Plat BMW Isteri Pada MPV Mewah
Sumber Gambar: Facebook JPJ Negeri Selangor
Elak Ditarik Bank, Suami 'Kantoi' Pasang Nombor Plat BMW Isteri Pada MPV Mewah
Sumber Gambar: Facebook JPJ Negeri Selangor

Beliau berkata siasatan lanjut turut mendapati plat yang digunakannya pada Toyota Alphard itu adalah milik BMW 318i, milik isterinya.

“Suspek mendakwa takut pihak bank akan mengambil semula MPV itu berikutan terdapat bayaran pinjaman tertunggak yang masih belum dijelaskan.

“Siasatan kami mendapati suspek membeli kenderaan itu pada 2021,” katanya sambil menambah MPV mewah itu telah disita.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Memetik kenyataan rasmi, JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan.