Seorang influencer yang kami sendiri kurang kenal, dari Indonesia telah memuat naik video menyatakan bahawa kempen boikot barangan Indonesia ini hanya benda sia-sia.
Dia mengambil contoh santan kelapa. Menurutnya, 98% daripada bahan mentah iaitu buah kelapa di Malaysia adalah dari Indonesia.
Dia menegaskan bahawa: “Nah ini satu lagi fakta lucu dari Malaysia. Mereka acah-acah nak memboikot santan Kara, padahal 98% bahan mentah kelapa itu dari Indonesia.
“Kamu nak buat santan pakai apa? Pakai sawit ke?” soalnya sambil tergelak sinis. Kerana dia yakin bahawa hanya ada santan kelapa di pasaran Malaysia.
Salah sebuah syarikat santan Malaysia terus membalas: “Hai kami Desa Santan Sawit, produk dari Malaysia. Ya! Kami mempunyai santan sawit hampir 10 tahun.
“Mungkin di Indonesia masih sibu memadamkan kebakaran. Kami di Malaysia sibu mencipta inovasi baharu.”

Di ruangan komen netizen mempersoalkan tahap IQ influencer tersebut. Sehinggakan dia menunjukkan tahap pengetahuan dia yang rendah, tidak mengetahui bahawa ada produk santan sawit yang sudah lama bertapak di Malaysia.
Ada yang berseloroh: “Alamak dia masih belum rasa lagi cendol santan sawit.”
Ada yang berkata: “Takkan buat santan pakai sawit?! Orang indonesia duduk dalam batu ke, bertahun-tahun lamanya dah Malaysia buat santan pakai sawit. Macam mana boleh yakin buat video bodoh macam ni.”
Takkan buat santan pakai sawit?! Org indonesia duduk dlm batu ke , bertahun dah malaysia buat santan pakai sawit 😭. Mcm mana boleh yakin buat video bodoh mcm ni pic.twitter.com/d7vEdGaHHx
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) October 10, 2026
Netizen lain mempersoalkan kenapa influencer tersebut tidak mengulas isu jerebu.
Kes jerebu kau tak nak ulas pulak?😅 pic.twitter.com/oZdGbx0stS
— ًِ (@bckupacc99) October 10, 2026