Penyanyi popular, Sarah Suhairi akui dia tidak pernah menyangka bahawa dia akan berkahwin pada usianya yang masih muda.
Sarah Suhairi selamat diijab kabul dengan lelaki cinta hatinya, Aswad Anuar pada 26 Julai yang lalu dengan majlis perkahwinan mereka dilangsungkan di Barern Hill, Hulu Langat, Selangor.
Sarah Suhairi yang masih berusia 24 tahun juga percaya usianya itu masih awal untuk bergelar isteri orang.
Namun Sarah juga yakin bahawa jodohnya dengan Aswad Anuar adalah ketentuan Ilahi dan dia menganggap semuanya adalah takdir yang sudah diatur dengan cantik oleh sang pencipta.
Oleh itu Sarah Suhairi gembira dapat membina rumah tangga dengan Aswad.
Dipetik daripada laman Oh Bulan, Sarah Suhairi berkata: “Saya tidak pernah sangka akan kahwin di usia sekarang, kerana saya fikir mungkin akan kahwin pada usia 28 atau ke atas.
“Namun siapa saya untuk menolak takdir yang Allah sudah susun cantik bersama suami. Sudah jodoh kami berdua, maka berlangsunglah perkahwinan pada tahun ini.”
Bercakap tentang, bagaimana dia boleh jatuh hati dengan Aswad yang jauh lebih berusia daripadanya, dia menegaskan sikap tenang dan matang Aswad membuatkan dia jatuh hati.
Selain itu, Aswad juga seorang yang periang dan sangat aktif.
Sarah Suhairi berharap Aswad akan dapat menjadi suami yang baik kepadanya dan membimbingnya sebagai seorang isteri. Dan mereka berdua akan dapat melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin, termasuk menjadi ibu dan bapa kepada anak anak mereka selepas ini.