Siapa sangka, rakaman pemanduan dari bumi Malaysia mampu mencetuskan fenomena sehingga ke peringkat global?
Baru-baru ini, video lagenda ‘Topfoil’ Touge Evo kembali tular dan mendapat perhatian netizen antarabangsa selepas dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dari luar negara.
Di dalam video tersebut, dia mempamerkan senario yang dirinya mahu mengemas rumah tetapi sedang melayan video lagenda touge Mitsubishi Lancer Evo yang pernah tular sekitar 13 tahun lalu di Malaysia.
Video yang dimuat naik oleh pengguna bernama nea soonhuat itu telah menjadi tular susulan pemanduan berkelajuan tinggi di kawasan selekoh dan curam di Genting Highlands.
@evox.orbz Youโre supposed to be cleaning but this comes on๐ณ #evo9 #jdm #fyp #lancer #touge
Ramai percaya pengendali jentera JDM yang serba ‘liar’ itu sememangnya mempunyai skil pemanduan yang hebat apatah lagi dia boleh memandunya dengan baik walaupun pada waktu malam serta dipenuhi kereta pengguna lain.
Menariknya, ramai peminat automotif dari luar negara mengakui bahawa rakaman berdurasi beberapa minit itulah yang menjadi punca utama mereka jatuh cinta dan menjadi peminat tegar dunia permotoran sehingga ke hari ini.
Pada saat ini, video berjudul Topfoil touge evo terbabit telah meraih lebih 11 juta jumlah tontonan di saluran YouTube yang dipercayai datang dari pelbagai lapisan umur dan negara di seluruh dunia.
“Video Topfoil Evo tu aku rasa dah jadi macam ‘benda wajib’ dalam hidup semua budak kereta.”
“Sebab Evo ni lah semua orang kenal Millers Oil. Tak payah buat iklan dah, video ni je dah cukup buat jenama tu meletup.”
“Sumpah, video tu dah jadi tahap ‘global’ dah sekarang. Semua orang (peminat kereta) kat mana-mana pun tahu pasal video tu.”
“Satu dunia (budak kereta) tengok video yang sama.”
“Itu memang video ‘legend’ yang semua orang akan korek balik dari arkib,” demikian antara komentar dari netizen luar negara berhubung video touge lagenda itu.
Walau bagaimanapun, kami mahu menegaskan aksi yang dipamerkan itu sangat merbahaya dan hanya sesuai dilakukan oleh mereka yang profesional di dalam litar perlumbaan yang diiktiraf sahaja.