Apabila menjelang bulan Ramadan, orang ramai pasti bakal berpusu-pusu mahu berbuka di luar seperti hotel atau kedai makan kerana penawaran promosi yang bagus.

Namun, momen terindah berbuka bersama tersayang berubah menjadi mimpi ngeri buat keluarga Faty kerana terpaksa menanggung kesengsaraan sakit melecur selepas gas meletup ketika makan di sebuah kedai steamboat di Temerloh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya, dia bersama ahli keluarga telah pergi berbuka di sebuah kedai steamboat. Namun, difahamkan dapur gas yang disediakan tiba-tiba meletup sekaligus menyebabkan kulit muka dan tangan terbakar.

Sumber Gambar: TikTok fatynanana
Sumber Gambar: TikTok fatynanana

Ekoran insiden ngeri itu, satu keluarganya mengalami kesan melecur yang teruk dan menerima surat rujukan pergi pakar pembedahan plastik untuk mengatasi masalah luka yang dialami. Pemilik kedai didakwa mengambil nombor telefon mereka namun tidak pernah menghubungi semula untuk tindakan selanjutnya.

Sumber Gambar: TikTok fatynanana

Malah, dia pula terpaksa menghubungi kedai steamboat tersebut untuk mendapatkan nombor telefon kepunyaan pemiliknya.

Sumber Gambar: TikTok fatynanana

Sementara itu, dia meminta kemas kini tindakan susulan berhubung kebakaran yang menimpa kepada keluarga mereka baru-baru ini namun respons pihak  pentadbiran sepertinya tidak mengetahui kes itu.

Jadi, wanita itu menyimpulkan bahawa staf-staf di kedai itu tidak dimaklumkan kes tersebut dan premis masih beroperasi seperti biasa.

Sumber Gambar: TikTok fatynanana

Dalam pada itu, wanita mendedahkan kedai steamboat ini masih aktif membuat promosi walaupun sudah berlaku beberapa kes sebegini sebelum ini.

Susulan itu, dia menggunakan media sosial dalam menuntut keadilan bagi pihak keluarganya daripada pihak Steamboat.

Salah seorang ahli keluarga lain turut mendedahkan pihak kedai hanya membawa keluarganya pergi ke klinik berdekatan. Bahkan terpaksa menekan mereka barulah datang melawat dan sedia menawarkan sagu hati RM1,000 untuk 7 orang ahli keluarga walhal sudah alami kecacatan kekal.

Difahamkan insiden ini berlaku pada 9 Mac lalu iaitu hari pertama Ramadan dan pihak kedai steamboat terus membisu untuk tindakan susulan berhubung insiden berkenaan.

Difahamkan kedai steamboat itu tidak menyelenggara peralatan dengan baik dan membuat semakan keselamatan untuk pengoperasian sekaligus insiden ini boleh berulang lagi.

Hantaran tersebut meraih perhatian pengguna media sosial yang mana rata-ratanya sangat bersimpati dengan nasib yang ditimpa oleh keluarga itu di samping mahu menuntut keadilan bagi keluarga mangsa kerana pihak kedai steamboat dilihat lepas tangan akan insiden itu.

Sumber Gambar: TikTok fatynanana
Sumber Gambar: TikTok fatynanana

Tidak terhenti di situ sahaja, orang ramai turut memberi rating rendah di Google review sebagai tanda protes terhadap kedai steamboat tersebut.

Sumber Gambar: Google Review

Setelah ditekan bertubi-tubi oleh netizen, kini barulah pihak kedai steamboat mengeluarkan kenyataan rasmi dalam meredakan situasi yang sedang panas di media sosial.

Pihak steamboat akui kesilapan

Menurut pihak kedai Rotarium buffet steamboat, mereka telah menziarahi dan berbincang dengan keluarga mangsa dalam mencapai kata sepakat. Mereka juga mendedahkan telah membuat laporan kepada polis dan siasatan oleh pihak bomba juga sedang dijalankan.

Sumber Gambar: IG rotarium_buffetsteamboat

Netizen masih merasakan pihak kedai steamboat ini tidak memandang serius akan kes tersebut kerana hanya membuat kenyataan selepas ia sudah tular di media sosial pada hari semalam. Jadi, ramai pilih untuk memboikot kedai itu sehinggalah perkara ini diselesaikan dengan sewajarnya.