Sebelum ini, Azza Elite yang merupakan penyanyi dan pelakon telah berkongsi berita sedih apabila bapanya meninggal dunia. Masih lagi dalam keadaan duka, Azza terpaksa meninggalkan sementara urusan perniagaannya untuk menguruskan urusan keluarganya.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Azza berasa kecewa apabila terpaksa berdepan dengan kata-kata kurang senang daripada Azwan Ali di ruangan komen. Difahamkan, Azwan Ali berasa berang kerana masih belum mendapat sejadah yang dibelinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/Cgvr08kvUXa/

Susulan itu, Azza meminta Azwan Ali untuk memahami keadaannya pada waktu ini yang baru sahaja kehilangan insan tersayang. Malah, Azza memuji niat baik Azwan Ali untuk membeli sejadah tetapi percakapan dan penulisan Azwan perlu diperbaiki.

“Tak pernah cari pasal dengan sesiapa. Balik Sg i sibuk urus mak i. Dengan bapa i sakit. Tak boleh nak fikir orang nak beli sejadah ke ape ke. I fikir ayah dan mak i je. Keadaan parent i.

“Dalam dunia ni biar kita dahulukan mak ayah kita ya abang. Sampai hati dia tulis mcm ni! Bapa i meninggal semalam faham tak. Jangan sesuka hati maki.” kata Azza

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memberikan kata-kata semangat untuk Azza serta meminta agar tidak melayan komen-komen seperti itu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Jualan Sambal Nyet Cecah RM14 Juta, Khairulaming Umum Bakal Buka Kilang Kedua Di Kelantan

Tidak Dijemput Kerana Makanan ‘Non-Halal’, Tindakan Jiran Belanja KFC Sebagai Ganti Raih Pujian Netizen

Reaksi Azwan Ali Kena ‘Friendzone’ Secara Live Buat Netizen Terhibur