Pelakon Julia Farhana telah dilabel sebagai ‘perampas’ kerana menjalin hubungan bersama bekas suami pelakon Lufya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.
Kini, Julia Farhana sah bergelar isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz pada 14 Disember lalu di mana majlis perkahwinan itu dijalankan secara tertutup.
Baca Juga:
- Dituduh Bersekedudukan Dengan Pasangan, Julia Farhana Tenang Minta Pemfitnah Tunjuk Bukti
- Majlis Perkahwinan Pasangan Selebriti Didakwa Langgar SOP, Polis Bakal Siasat Tetamu Yang Hadir
- ‘Majlis Minggu Depan, Tak Sabarnya Kita’ – Ogy Ahmad Daud Bakal Berkahwin?
Dalam pada itu, menurut sumber, Juliana mengatakan dia tidak berasa malu dengan perkhawinannya bersama lelaki berstatus duda.
Bahkan, Julia Farhana atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin menegaskan dia tidak mengambil hak orang, urusan jodoh adalah rezeki dan ketentuannya dari Allah SWT.
Sementara itu, Julia turut memuat naik foto perlahwinannya yang berlangsung di sebuah hotel dan dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti mengucapkan tahniah kepadanya dan mendoakan supaya rumah tangganya hingga ke jannah.
Bahkan, netizen turut tumpang bahagia dengan perkahwinan mereka dan mendoakan berkekalan hingga ke Syurga.
Sebelum ini, Dr Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penyanyi Lufya pada tahun 2016 namun jodoh tidak berpanjangan dan bercerai pada tahun 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu anak perempuannya yang bernama Laana Haura.