Semalam tular klip video rakaman dashcam memaparkan sebuah Toyota Supra berwarna merah dipandu secara melulu dan berbahaya di kawasan Taman Sri Gombak.
Toyota Supra terbabit terus meluru terjunam masuk ke dalam longkang berhampiran sekaligus mengundang kecaman teruk dan ramai mengaitkan pemandu kenderaan yang dipercayai berasal dari Bangladesh.
Bagaimanapun, individu yang dikaitkan itu akhirnya tampil berkongsi fakta sebenar di sebalik kejadian yang ramai menuduhnya.
Di dalam satu tangkap layar, dia yang juga merupakan trader yang kaya di sini langsung mengatakan dirinya tidak berada di tempat kejadian kerana sudah pulang ke kampung halamannya sewaktu kejadian itu berlaku.
“Ini bukan saya bro, hentikan perkongsian info palsu ni,” sambil menunjukkan pasportnya sudah dicop pada 1 November untuk keluar negara.

Dalam ruangan yang sama, seorang individu lagi bernama Amir Rahman turut mendedahkan tentang pemandu yang terlibat yang telah menyewa kereta sport tersebut.
“Lelaki itu adalah India. Kami membuat sewaan untuk pelbagai jenis kereta dan telah disewakan kepada lelaki india terbabit berserta dua buah kereta lain untuk kegunaan majlis perkahwinan,” tulisnya.