Tidak peduli dengan kata orang, lelaki ini berpuas hati dengan gaya hidupnya dan ia mengaku dapat jimat banyak ditengah-tengah ekonomi yang semakin meruncing.
Dalam sebuah kandungan TikTok oleh @inreallifemalaysia yang merakam seorang lelaki yang menjadikan kereta sebagai rumahnya.
Baca Juga:
- Banyak Saingan, Tesla Turunkan Harga Kereta Hampir RM10,000
- Kerajaan Perancis Mahu Jual Rumah Dengan Harga RM5, Ini Syarat-Syaratnya
@inreallifemalaysia Ever wonder how to use the restroom when u live in a car? 🚽🧻
Di dalam video tersebut beliau berkata mampu untuk jimat sehingaa RM700 dalam perbelanjaan bulanan.
Walaupun pada mulanya dia merasa malu tinggal di dalam kereta, bagaimanapun dia merasa ada kebebasan apabila dia memilih untuk menjadikan kereta sebagai rumahnya.
“Bahagian paling seronok adalah saya bebas untuk pergi ke Penang, Pahang, Johor, Melaka. Saya boleh tidur di mana-mana.
“Dan impian saya adalah mungkin untuk memandu ke China atau Eropah dengan menggunakan kereta ini,” katanya.