Seorang cikgu akui terkejut apabila menerima mesej seorang pelajar dia sendiri telah meluahkan perasaan cinta terhadapnya.

Baru baru ini tular di mana, seorang guru berkongsi satu tangkap layar perbualan dia dengan seorang pelajar perempuan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Segalanya bermula apabila cikgu kacak itu disahkan akan berpindah ke sekolah baharu.

Seperti biasa, pastinya akan ada murid yang sedih di atas perkara itu.

Cikgu yang dikenali dengan nama Cikgu Jamie itu mendedahkan bahawa dia menerima banyak sekali mesej selamat tinggal daripada pelajar pelajarnya.

Dan dia terkejut dengan 1 mesej daripada pelajar perempuan yang meluahkan secara terbuka dia cinta dengan cikgu sendiri.

Pelajar perempuan itu terkejut kerana Cikgu Jamie berpindah tanpa memberitahu pelajarnya. Menurut Cikgu Jamie dia tidak sempat berbuat demikian kerana ada kekangan tertentu.

Namun cikgu Jamie bercadang untuk datang melawat ke sekolah lamanya itu nanti jika ada kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal.

Lalu mendoakan pelajar itu dan rakan rakannya agar berjaya di dunia dan akhirat.

Ini adalah mesej yang mengejutkan yang diterimanya.

Pelajar itu sukar menerima bahawa Cikgu Jamie sudah tidak mengajar di sekolahnya lagi dan merayu agar cikgu itu tidak berpindah.

Secara terbuka pelajar itu mengakui dia ada rasa cinta kepada cikgu tersebut dan tidak mahu cikgu lain yang mengajarnya.

Pelajar itu turut menyatakan dia sedang menangis dan berharap Cikgu Jamie membalas cintanya. Dan mengancam tidak mahu sekolah lagi minggu akan datang kerana Cikgu Jamie dah tak ada.

Namun Cikgu Jamie tidak meneruskan perbualan dengan pelajar itu. Kerana menjaga jarak dia dnegan muridnya. Menurut Cikgu Jamie pelajar itu baru darjah 6 dan dia pelajar yang baik serta berdisiplin.

Pelajar tersebut tidak pernah sesekali sebelum ini meluahkan perasaan cinta kepadanya ketika bersemuka ataupun menerusi WhatsApp.

Perkara itu benar benar mendapat perhatian ramai netizen. Ada yang menyatakan dahulu masa mereka sekolah, walaupun sekacak mana cikgu itu, mereka tak akan pernah berani meluahkan rasa cinta.

Kemudian yang lain menambah, biasanya usia cikgu sebaya dengan ayah mereka ketika sekolah, jadi mereka menganggap cikgu ini ibarat ayah mereka.

Ada juga yang menyatakan itu perkara biasa kerana ianya cinta monyet. Sambil menegaskan bahawa Cikgu Jamie memang kacak, Chinese Look patutlah pelajar suka.

Dan yang seterusnya mengusik, menyuruh pelajar itu cuba lagi pada 20 tahun akan datang.