Sebagai rakyat Malaysia, kita sudah hidup berbilang kaum dan agama dengan harmoni sejak sekian lama. Sepatutnya kita melayan semua orang tanpa sebarang prejudis di dalam kehidupan seharian.

Namun, baru-baru ini, tular di media sosial tentang seorang ejen hartanah yang membuat kenyataan berbaur perkauman kepada individu bernama Kalvin semasa bertanyakan tentang sebuah rumah menerusi mesej di WhatsApp.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

ejen hartanah
Sumber Gambar: X

Di dalam tangkap layar perbualan itu, Kalvin meminta ejen hartanah itu untuk menjaga adab ketika di dalam interaksi terbabit.

Sebagai respons, ejen hartanah itu menyatakan keengganannya untuk berkerja dengan individu yang berbangsa India atau Punjabi.

Hal ini sekaligus mengundang kecaman oleh warganet kerana tidak berpuas hati layanan yang diberikan hanya kerana berlainan bangsa.

Beliau akhirnya memilih untuk berkongsi video permohonan maaf di akaun X peribadinya, @alanchia1993 pada baru-baru ini bagi menjernihkan keadaan selepas dihentam teruk oleh warganet. Beliau juga sudah dipecat oleh syarikat hartanahnya selepas pendedahan tersebut.

” Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua Malaysia terutamanya rakan India dan Punjabi, serta Encik Kalvin,” luahnya di dalam video dengan penuh penyesalan.

Ejen hartanah itu mengakui dan memohon maaf kerana membuat kenyataan berbaur perkauman kepada Kalvin di WhatsApp. Beliau juga menjelaskan bahawa bukan niatnya untuk menyakitinya atau orang lain dengan kenyataan tersebut.

“Isu ini melibatkan banyak pihak, terutamanya rakan India saya. Saya mengakui bahawa tindakan saya adalah salah, dan saya telah menyedari bahawa sikap dan tingkah laku saya sama sekali tidak boleh diterima,” katanya lagi.

Hantaran beliau ternyata dengan pantas dipenuhi dengan komen warganet yang mana ada yang sedia menerima permohonan maaf tersebut dan  minta untuk tidak mengulangi lagi.

“Terima kasih atas permohonan maaf. Moga dibuat secara sukarela. Hindari sama sekali dari menyakiti hari orang atau memperlekehkan seseorang atas dasar warna kulit, kaum, atau agama. Ambil iktibar dan mara ke hadapan dengan keinsafan. We can’t choose who or what we are born as,” ujar pengguna @Panthrosutera.

“Gembira melihat awak buat video ini. Apa yang menyatukan kita adalah hakikat kita adalah rakyat Malaysia. Jadi, ambil masa ini, perbaiki dan teruskan. Semoga kita semua dapat hidup harmoni.

“Kami orang India menghadapi begitu banyak untuk mencari hartanah sewa. Bersangka baik dengan kami bro. Kami bukan raksasa,” luah seorang pengguna lain yang turut berkongsi terdapat diskriminasi terhadap bangsa India sewaktu mahu mencari hartanah sewa.

“Jadi lebih baik Alan. Jangan malukan komuniti (Cina),” kata pengguna lain terhadap tindakan keterlaluan itu.

Sebahagian warganet pula merasakan permohonan maaf itu tidak cukup untuk menutupi kesalahan yang dianggap berat di dalam negara berbilang bangsa dan kaum ini.