Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Hafiz Mahamad menjadi sebutan sekali lagi kerana kecoh videonya telah disebarkan semula dengan berniat jahat untuk memburukkan agama Islam.

Hafiz Mahamad tampil bersuara dalam menjelaskan perkara yang sedang melanda pada dirinya ketika ini.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan menerusi IG Stories, dia memaklumkan sedia mengambil kisah mengenai kecaman netizen terhadap penularan semula video lama yang menunjukkan dirinya sedang berasak di hadapan Kaabah bagi memberi ruang kepada pekerja wanita untuk mencium Hajarul Aswad.

Pada awalnya Hafiz dinasihatkan oleh sahabat handal untuk berdiam diri, namun kerana merasa dirinya perlu bertanggungjawab terhadap perkara yang berlaku lantas tampil mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Hari ini ramai sahabat yang update tentang perkara ini. Terima kasih sahabat kerana maklumkan kepada saya.

“Ada yang menasihatkan saya untuk diam. Tetapi saya bertanggungjawab kerana agama atas kenyataan atau persepsi dari tweet ini.

“Bagi saya masa untuk kukuhkan input dan minta pandangan dari yang pakar supaya kesilapan tidak akan berulang. Doakan saya ada kemampuan untuk usahakan perkara ini,” tulisnya lagi.

'Saya Nak Bertanggungjawab Kerana Agama' - Hafiz Mahamad Minta Masa Untuk Perbetulkan Kesilapan
Sumber Gambar: IG Hafiz Mahamad
'Saya Nak Bertanggungjawab Kerana Agama' - Hafiz Mahamad Minta Masa Untuk Perbetulkan Kesilapan
Sumber Gambar: IG Hafiz Mahamad

Hafiz Mahamad turut berkata yang dia bakal memberi respons dan membuktikan bahawa dakwaan oleh individu terbabit tidak berasas sama sekali pada siaran IG Stories seterusnya.

Terdahulu, tular sepotong video yang memaparkan kekecohan mahu mencium hajar aswad pernah dimuat naik oleh Hafiz Mahamad sekitar bulan Mac lalu.

Bagaimanapun, video itu telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna X didakwa dari India dengan kapysen menuduh wanita Islam tidak selamat kerana mengalami gangguan seksual walaupun berada di Tanah Suci Mekah.

Ciapan pengguna X itu telah meraih perhatian netizen media sosial dari luar negara dan rata-ratanya melemparkan kata-kata negatif dan mula memandang agama Islam dengan persepsi yang buruk.