Tidak ada erti ‘gayat’ dalam dirinya; Angela Nikolau berkongsikan cerita yang luar biasa semasa mendaki Menara Merdeka 118 di akaun Twitter miliknya.

Angela dan teman lelakinya, Ivan Beerkus sebelum ini telah dipanggil oleh pihak berkuasa kerana menceroboh Merdeka 118 Disember lalu.

Nando's
HYPE
Tidak Perlu Ikat Perut, Ini Cara Untuk Anda Jimat Wang Makan Tengahari
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurutnya, oleh kerana bangunan itu begitu megah di tengah-tengah bandar yang menakjubkan, Angela terus jatuh cinta pada pandang pertama semasa melihat Merdeka 118 dan memang memasang niat mahu menawan puncak menara tersebut.

Malah, dia sanggup menyewa sebuah apartment di hadapan menara itu dan menghabiskan beberapa minggu di apartment itu untuk mencari butiran penting yang perlu diketahuinya sebelum menaiki menara tersebut.

“Hari X – Saya memulakan misi. Saya memakai tudung, cermin mata dan pakaian seragam pembina atau kontraktor untuk kelihatan tidak ketara. Saya berlari sehingga 32 tingkat pertama dan menyebabkan saya overheated. Jadi, saya terpaksa baring di atas lantai konkrit dengan berbogel untuk menyejukkan diri sedikit. Saya minum semua air yang saya ada,” ujarnya di laman Twitter.

“Pada masa itu, saya berehat dan menyedari bahawa saya telah dikesan! Anda patut lihat muka saya apabila dikesan. Kemudian, mimpi ngeri bermula di mana saya tidak dapat meregangkan kaki semasa di dalam kotak konkrit kecil semasa baring di atas lantai. Saya tidak tahu untuk berbuat apa lalu saya menghabiskan lebih daripada 20 jam di sana.

Tambah Angela lagi, selepas 25 jam di dalam menara itu, dia tidak mempunyai makanan, air bahkan tidak tidur. Dia masih tidak dapat meregangkan kakinya serta seluruh badannya yang kaku dan sakit. Angela turut mengatakan dia tidak boleh bersuara atau menangis kerana takut didengar oleh pekerja di sana dan diserahkan ke pihak keselamatan. Itu adalah masa yang paling teruk buatnya.

Bagaimanapun, 3 jam kemudian, dia menguatkan semangatnya untuk bergerak ke tempat kejadian untuk menyelesaikan misi. Pada masa itu, pekerja Menara Medeka 118 berehat untuk makan, jadi dia berpeluang keluar dan berlari ke puncak menara.

Jelasnya, dia memakai ‘backpack’ seberat 15 kg dengan menaiki menara setinggi 53 tingkat itu membuatnya rasa penat sehingga tidak dapat merasakan atau mengangkat tangannya.

“Semangat saya naik apabila saya melihat pemandangan itu! Ia adalah musim hujan jadi saya menjangkakan awan susu dan landskap kelabu. Sebaliknya saya melihat kecantikan sinaran matahari dan yang luar biasa. Ia adalah keajaiban peribadi saya. Saya berasa segar dan bertenaga semula. Semuanya berbaloi!,” katanya lagi dengan penuh semangat.

“Pendakian ini adalah yang paling sukar dalam hidup saya dan saya tidak pasti saya akan dapat melakukannya lagi. Tetapi keindahan yang luar biasa saya lihat boleh membuat jadi kenangan serta dapat berkongsi dengan anda. Saya akan melancarkan NFT khusus untuk Merdeka 118 esok – saya mahu orang lain turut sama memiliki pencapaian ini.

Selain itu, Angela berkata, dia menghormati undang-undang di setiap negara walaupun kadang-kadang dia menceroboh undang-undang tersebut. Bahkan, dia sangat berhati-hati untuk tidak menyebabkan sebarang kerosakan di tempat kejadian. Dalam pada itu, dia turut mengatakan matlamatnya adalah untuk mencipta seni dan kenangan yang tidak dapat dilupakan dengan merakam detik-detik bangunan tertinggi di dunia.

Di dalam video itu, Angela juga menambahkan muzik daripada DJ Amerika, Steve Aoki kerana lagu itu bermain di kepalanya semasa berdiri di atas dunia tersebut.