Sebelum ini dilaporkan Fatiya Latiff memuat naik video tidak puas hati terhadap anggota polis yang merampas telefon bimbitnya dan dia juga mengeluarkan amaran mahu keluar agama Islam kerana tertekan dengan netizen.
Terbaharu, Fatiya telah memuat naik gambarnya bersama ibunya yang sedang membaca al-Quran di Instagram dengan kapsyen berkemungkinan ini adalah bulan Ramadan terakhir buat dirinya.
Baca Juga:
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
“Mereka mungkin hanya ‘beranggapan’ apa yang saya lalui, tapi tak pernah tahu perkara sebenar.” tulis Fatiya dalam hantaran berbeza.
Susulan itu, hantaran Fatiya menimbulkan tanda tanya netizen. Terdahulu, Fatiya mencetuskan pelbagai kontroversi apabila dia diprovokasi oleh netizen sehingga tindakannya membuatkan dia dianggap mengalami masalah mental.