Selepas tular klip video seorang wanita diselamatkan daripada dibawa arus deras bersama Myvi, Choo Ngiam Choong, 50, digelar ‘hero’ oleh pengguna media sosial.

Mana tidaknya, beliau dirakam tidak teragak-agak untuk melompat melepasi pagar penghadang jalan dalam usaha untuk menyelamatkan wanita itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya tidak berfikir panjang dan segera melompat untuk menyelamatkan wanita itu selepas melihat dia dihanyutkan arus deras,” kata Choo sambil menerangkan saat dia membuat keputusan sekelip mata, petik NST.

Kira-kira jam 8 pagi, Choo dalam perjalanan untuk bersarapan dari Kota Tinggi ke Mawai. Kemudian beliau memberhentikan kenderaan sebaik melihat rakannya memberhentikan kereta di hadapan.

Choo terkejut apabila mendapati sebuah kereta dihanyutkan ke dalam longkang, dengan dua wanita dibawa arus deras.

“Seorang wanita berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi sedang dihanyutkan berisiko untuk lemas. Saya terus terjun untuk mencapai wanita itu dan beberapa rakan lain turut berbuat demikian. Orang ramai yang lalu lalang di tempat kejadian turut datang membantu.

“Saya bersyukur dan sangat gembira dapat menyelamatkan wanita itu dalam tempoh kira-kira lima saat bagi mengelak sebarang kejadian lebih buruk,” katanya kepada NST.

Choo menyatakan beliau tidak mengalami sebarang kecederaan semasa terjun menyelamatkan mangsa.

“Saya pandai berenang dan pernah mengharungi kawasan berbukit dan mencabar sebelum ini.

“Saya bersyukur mempunyai stamina untuk membantu mangsa.

“Wang masih boleh dicari, tetapi jika nyawa hilang, tiada pengganti,” jelas beliau.

Sumber