Kecoh di media sosial sejak semalam apabila seorang peniaga kain kelahiran Kemboja yang mencari rezeki di Malaysia telah mengguris hati orang Melayu apabila melabelkan orang Melayu sebagai pemalas dan tidak rajin seakan orang Kemboja.

Kenyataan yang dibuat turut membuatkan Persatuan Melayu Champa Johor Bahru membuat laporan polis mengenai kenyataan yang dibuat sekaligus mendakwa wanita Kemboja ini sebagai rasis.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Mengetahui kenyataan yang dibuat telah mendapat perhatian ramai serta membuatkan sejumlah besar orang Melayu kurang senang, individu yang dikenali sebagai Madame Mariyah tampil dengan permohonan maaf.

Beliau akui ketelanjuran kata-katanya serta turut memaafkan orang ramai yang melemparkan kata-kata kesat kepada warga Kemboja.

@simple_life40

Simpan sini dulu #makcikkemboja

♬ original sound – @simple_life – @simple_life

“Saya maafkan semua orang sebab saya nak jadi orang yang berlapang dada. Saya tak pernah koyak, saya akan koyak bila Allah tak pandang saya dan Allah tak reda dengan saya.” luah Madame Mariyah.

Beliau turut berterima kasih kepada orang ramai yang menyokongnya serta turut berpesan jangan libatkan pekerjanya yang tidak bersalah. Selain itu, pekerjanya juga turut memohon maaf atas apa yang berlaku melibatkan perniagaan mereka.