Sebagai penumpang teksi atau e-hailing, tidak semua orang mahu bersembang dengan pemandunya.
Ada yang lebih selesa berdiam diri sehingga sampai ke destinasi.
Baca Juga:
- ‘Main Bola Sepak Pukul 1.30 Pagi?’ – Wanita Mat Saleh Terkejut Lihat Cara Hidup Orang KL
- Mat Saleh Mampu Bertutur Pelbagai Bahasa Mengalah Bila Wanita Ini ‘Kecek Kelate’
- Bukan Makanan Barat, TikToker Mat Saleh Dedah ‘Chicken Chop’ Adalah Ciptaan Malaysia
Baru-baru ini seorang wanita mat saleh berkongsi pengalaman bagaimana pemandu teksi di Malaysia ‘berjaya’ membuat dirinya bersembang.
“Saya tidak begitu biasa berbual dengan pemandu teksi, tetapi setiap perjalanan di KL ternyata agak menarik.
“Tanggapan pertama penting, dan setakat ini, saya telah bertemu dengan beberapa orang yang peramah dan mengalu-alukan kehadiran saya di sini (Malaysia),” ujar pemilik Instagram @zhurchika.
Menerusi video yang dikongsikan, jelas kelihatan wanita mat saleh itu ‘menjadi diri sendiri’, banyak mendiamkan diri.
Sementara video yang dirakam ketika di Malaysia, kelihatan dia sangat gembira dan banyak bercakap dengan pemandu teksi.



Hantaran video itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai akui orang Malaysia memang cukup peramah — tidak kisah sama ada dengan orang sudah kenal lama atau baru saja kenal seminit lalu.
Tambah wanita mat saleh itu lagi, dia turut menerima beberapa mesej peribadi daripada warga tempatan yang berkongsi pelbagai lokasi menarik untuk dilawati dalam Malaysia.