Sebagai penumpang teksi atau e-hailing, tidak semua orang mahu bersembang dengan pemandunya.

Ada yang lebih selesa berdiam diri sehingga sampai ke destinasi.

Baca Juga:

Baru-baru ini seorang wanita mat saleh berkongsi pengalaman bagaimana pemandu teksi di Malaysia ‘berjaya’ membuat dirinya bersembang.

“Saya tidak begitu biasa berbual dengan pemandu teksi, tetapi setiap perjalanan di KL ternyata agak menarik.

“Tanggapan pertama penting, dan setakat ini, saya telah bertemu dengan beberapa orang yang peramah dan mengalu-alukan kehadiran saya di sini (Malaysia),” ujar pemilik Instagram @zhurchika.

Menerusi video yang dikongsikan, jelas kelihatan wanita mat saleh itu ‘menjadi diri sendiri’, banyak mendiamkan diri.

Sementara video yang dirakam ketika di Malaysia, kelihatan dia sangat gembira dan banyak bercakap dengan pemandu teksi.

Sumber Gambar: IG @Zhurchika
Sumber Gambar: IG @Zhurchika
Sumber Gambar: IG @Zhurchika

Hantaran video itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai akui orang Malaysia memang cukup peramah — tidak kisah sama ada dengan orang sudah kenal lama atau baru saja kenal seminit lalu.

Tambah wanita mat saleh itu lagi, dia turut menerima beberapa mesej peribadi daripada warga tempatan yang berkongsi pelbagai lokasi menarik untuk dilawati dalam Malaysia.

Sumber