Memakai kanta lekap selama 6 bulan berturut-turut adalah satu kesilapan besar buat Lian Kao. Oleh kerana kedegilannya untuk menjaga kebersihan serta mengikut aturan pemakaian kanta lekap yang betul, gadis berusia 23 tahun ini telah mengorbankan daya penglihatannya buat selamanya! Ini kerana kanta lekap yang dibiarkan selama 6 bulan itu telah menjadi satu kondisi pembiakan yang selesa buat makhluk mikroskopik amoeba.
Sejurus menanggalkan kanta lekap Lian Kao, para anggota medik berasa amat terkejut melihat kondisi mata gadis Taiwan itu yang sememangnya tidak dapat diselamatkan. Ini kerana permukaannya telah habis dimakan amoeba tersebut. Sepatutnya, Lian Kao perlu membuang kanta lekap itu setelah tempoh sebulan namun dia tetap memakainya tanpa menghiraukan risiko yang diundang.
Lebih menerukkan keadaan adalah Lian Kao telah berenang di dalam kolam renang dengan memakai kanta lekap tersebut! Seharusnya kanta lekap perlu ditanggalkan sebelum pengguna melakukan sebarang aktiviti air.
Oleh kerana tindakan bodohnya, kini Lian Kao terpaksa menanggung derita menjadi seorang yang cacat penglihatan untuk seumur hidupnya. Semoga kisah Lian Kao ini dapat dijadikan tauladan buat semua orang yang gemar memakai kanta lekap. Ingat, jaga kebersihan mata ya!
Sumber: MailOnline