Seringkali kita terbaca kisah haiwan yang didera di media sosial dan kes penderaan ini seperti tiada pembelaan.

Kebajikan haiwan di Malaysia kini menjadi isu perlu diberikan perhatian. Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar, lebih 7,600 kes penderaan haiwan dilaporkan antara 2021 hingga 2024, dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi.

Daripada jumlah tersebut, anjing merupakan haiwan yang paling banyak didera, diikuti oleh kucing, kuda, arnab, burung, dan lembu.

Terdapat juga laporan penderaan terhadap haiwan eksotik seperti ayam, hamster, kambing, guinea pig, angsa, ikan, itik, kura-kura, dan ular; dan ini hanyalah kes yang telah dilaporkan secara rasmi.

Furever Friends untuk tingkat kesedaran ramai

Tidak mahu kes seumpama ini terus terjadi, SAYS telah melancarkan kempen Furever Friends, sebuah kempen yang bertujuan mewujudkan masyarakat yang lebih penyayang terhadap semua spesis haiwan.

Kempen ini merupakan kerjasama antara SAYS, JUICE, Fly FM dan Lumi News, dengan sokongan organisasi-organisasi kebajikan haiwan terkemuka seperti A Dog’s Life, Paws Animal Welfare Society (PAWS), Society for the Prevention of Cruelty to Animals Selangor (SPCA) dan Trap-Neuter-Release Manage Malaysia (TNRM Malaysia).

Sepanjang kempen ini berlangsung, pencinta haiwan dapat membaca perkongsian serta cerita daripada pakar serta pencinta haiwan.

Turut disediakan ruang khas untuk pencinta haiwan menghantar gambar serta kisah menarik mengenai haiwan peliharaan mereka untuk diketengahkan di laman tersebut.

Furever Friends bukan sekadar kempen — ia adalah seruan untuk bertindak. Sama ada menyelamatkan haiwan, menyebarkan kesedaran atau memilih untuk berbuat baik, setiap tindakan kecil memberi impak besar.

“Kes-kes yang memilukan ini mengingatkan kita kenapa kempen seperti Furever Friends amat diperlukan. Setiap kebaikan, walau sekecil mana pun, membawa kita lebih dekat ke masa depan di mana setiap haiwan rasa selamat, disayangi dan dihargai,” kata Gowri Chitra Martin, Ketua Kandungan SAYS.

Untuk maklumat lanjut dan sertai kempen ini, layari laman khas SAYS Furever Friends di sini.