Lombok yang semakin terkenal sebagai lokasi yang kaya dengan keindahan alam kini sering menjadi kunjungan mereka yang gemar mengembara dan melancong.
Namun adakala tak semua percutian berjalan lancar seperti yang dirancang. Dan itulah yang telah dilalui oleh Muhammad Mamzah (atau lebih dikenali sebagai Brado Kapak dikalangan netizen Malaysia) bersama 2 rakannya.
3 pemuda ini sedang melakukan pengembaraan menjelajah beberapa lokasi di Indonesia. Menamakan pengembaraan mereka sebagai Amazing Indonesia, trip mereka bermula di Lombok – Bali – Bandung – Padang – Medan – Toba – Acheh.
Namun siapa sangka lokasi pertama trip mereka ini iaitu di Lombok bakal menghidangkan pengalaman tak terduga.
Ikuti kronologi bagaimana 3 pemuda ini ditipu sewaktu di sana:
6 Februari 2016
9am
Booking transport dari Gili Air ke Gili Gede untuk 3pax pada harga IDR 1.2juta. Booking di Banana Tourist, dia beritahu yang harga ini ALL IN termasuk semua transport dan tak perlu bayar apa-apa.
Harga termasuk Avanza dari Bangsal ke Tembowong. IDR 500k kami bayar tanda jadi. Kemudian ejen yang sama booking kan hotel untuk 3 pax IDR 350k dan kami bersetuju.
Route: Gili Air -> Bangsal -> Tembowong -> Gili Gede (all transport at IDR 1.2m for 3pax)
9.45am
Pergi snorkling dan island hoping bertiga ke 3 pulau, Gili Air – Meno – Trawangan. Kos IDR 700k for 3pax. Kami setuju dan selesai island hoping tanpa ada masalah jam 2.30pm.
Rujuk gambar bot yang ada orang kurus pegang bendera Malaysia. Bot Cha Cha. Boatman yang bawa kami snorkling beritahu, tak perlu ke Gili Gede alasannya kerana disana sunyi dan bahaya.
Kami tak faham apa bahayanya sedangkan kami diberitahu Lombok antara yang aman dari jenayah.
2.30pm
Terus dihantar oleh ejen Banana Tourist ke pelabuhan Gili Air dan mereka bawa kami naik bot public. Rujuk gambar bot yang ramai orang tu.
3pm
Tiba di Bangsal dan dijemput oleh Pak Wiwin. Dihantar ke Avanza dan supirnya bernama Rahman.
4.30pm
Tiba di Mataram, supir beritahu kami harus bayar baki wang IDR 600k yang belum dibayar. Dia juga terus minta booking daripada kami untuk pengangkutan dari Tembowong ke Lembar dan feri ke Padang Bai yang dijadualkan Isnin.
Kami diminta bayaran IDR 900k for 3 pax. Saya tak bersetuju dan berlaku tawar menawar. Pak Rahman minta separuh deposit tanda jadi. Total bayar kepada Rahman = 1150000.
Selepas bayaran diterima, Rahman minta kami keluar dan tukar naik angkot. Supir bernama Helmi.
Kami terpinga-pinga dan terpaksa menurut sahaja. Alasan Rahman dia ada urusan majlis keluarga.
5.50pm
Tiba di jeti Tembowong. Kami disuruh Helmi naik bot yang sudah menunggu. Helmi bayar kepada boatman IDR 50k jika tak silap (saya nampak sendiri) untuk bertiga. Kami pun naik bot.
6.20pm
Tiba di satu jeti berdekatan sebuah Masjid di Gili Gede. Semua penumpang turun dan bayar seorang 10k kepada boatman.
Kami bertiga mahu turun tetapi dihalang. Boatman beritahu Gili Gede masih jauh dan kami iyakan sahaja.
7.15pm
Ditengah-tengah laut antara Gili Layar – Rengit – Gede, boatman minta 500k dan beritahu kami agar tidak tuju ke Gede. Boatman mahu bawa kami me Layar. Saya bantah kerana sudah bayar all in IDR 1.2juta pada awalnya tetapi boatman berkeras dan minta 500k.
Dia tunjuk sebuah pantai sunyi tempat kami harus turun jika tak setuju bayar 500k. Tawar menawar berlaku, kami minta 400k tetapi langsung tak dilayan.
Mereka beritahu 500k upah mereka hantar dan carikan hotel. Kami pelik kerana hotel memang sudah booking. Kenapa harus cari kalau sudah booking?
7.30pm
Kami bersetuju untuk bayar 500k kepada boatman. Rakan saya Matnor beri cadangan agar bayar selepas boatman jemput pulang sahaja.
Boatman setuju. Kami diturunkan di sebuah kawasan homestay yang penuh nyamuk dan tiada kelengkapan yang baik.
Boatman beritahu nyamuk ni biasa nanti kami beri Autan (ubat nyamuk) dan di sana lebih cantik, murah dan puas hati. Ramai pelancong biasa ke sana banding ke Gede.
8pm
Saya tanya, mana hotel yang saya booking IDR 350k? Staff resort bawa kami ke belakang dan tunjuk sebuah bilik kecil tanpa tandas tanpa apa-apa kelengkapan.
Hanya lampu dan katil queen sahaja. Staff beritahu, takkan mau duduk 3 orang ditempat sempit ini? Ayuh sewa homestay besar ini cuma IDR 600k (tak termasuk katil tambahan). Kami terpaksa bersetuju.
Seorang staff resort juga mengaku merupakan penyeludup di Malaysia pada tahun 90an dahulu dan sudah jadi penyeludup lebih 20 tahun. Beliau mengaku pernah ditangkap di Filipina dan dikehendaki di Tawau.
8.20pm
Kami rujuk semula harga ketika isi check in list. Rupanya ada lebih banyak caj tersembunyi dan tidak sama seperti yang dijanjikan Rahman dan ejen di Banana.
Saya semak senarai check in, tetamu terakhir adalah pada 26 Januari. Sudah lebih seminggu sepi. Rahman kata baru semalamnya ada tamu dari Jerman. Tapi itu tidak benar.
Kami buat kira-kira dan betul, kami sudah tertipu banyak. Jumlah kerugian sudah mencecah IDR 2450000 termasuk makan malam (60k per pax) selepas check in listing diisi.
Sebelum makan, saya update status dan share ke group BBM tentang kejadian ini. Tak sangka ia viral dan menjadi cerita hampir kesemua group backpackers. Akhirnya berita ini sampai ke Pak Duta Here dan ke polis marin serta polis desa Sekotong.
Baca: 5 Persediaan Penting Sebelum Travel Ke Kawasan Pedalaman Dan Tempat Tinggi
9pm
Ramai yang menghubungi saya bertanya situasi dan masalah yang dihadapi. Semua saya jawab satu persatu.
9.30pm
Saya ke bilik dan berehat. 2 lagi rakan masih melepak diluar yang banyak nyamuk tu.
10pm
Bertalu-talu sms masuk ke inbox saya dan ada juga wakil kedutaan menghubungi saya.
Saya beritahu keadaan masih selamat cuma kami bimbang terjadi perkara tak diingini kerana boatman berkawan baik dengan staff resort yang pelaku criminal dan selalu mengulang-ulang ayat seperti “disini bagus. Harus tinggal lama disini.” dan “nanti bawa lebih ramai kesini ya teman-temannya.”
We felt fucked-up dan saya ada menjawab ketika itu, “tak mungkin akan balik ke sini kalau macam ini layanannya.”
Rakan-rakan mencadangkan saya menghubungi Pak Duta iaitu Admin Lombok Backpacker. Saya terus sms beliau dan Pak Duta beri cadangan agar saya keluar malam itu juga kerana khuatir esoknya lebih banyak lost terjadi. Kami juga yakin esok pasti ada hidden charges.
11pm
Pak Duta menghubungi saya dan memberitahu confirmation agar kami berkemas dan tunggu kedatangan polis marin untuk bawa kami keluar.
Pak Duta beritahu semua kos keluar ditanggung sepenuhnya oleh beliau. Kami bersetuju dan ikut sahaja aturan Pak Duta.
7 Febuari 2016
1am
Kami tertidur kepenatan menunggu. Sebelum tidur saya hidupkan loud speaker phone dan buka lagu agar mudah terjaga jika polis sampai. Lagu dimainkan auto-shuffle.
3am
Saya terjaga kerana tiba-tiba selawat Badriah autoplay dari phone saya. Suara kanak-kanak mendayu-dayu membacakan selawat tersebut.
Saya automatik ikut berselawat secara kuat sehingga tertidur semula setelah selawat yang sama berulang tiga kali.
3.30am
Polis marin tiba di depan homestay kami dan membangunkan kami. Dia minta bersiap sementara satu anggota refill petrol dan dia bersama satu lagi anggota bernegosiasi.
3.40am
Kami keluar dari homestay dan berjumpa staff tadi. Dia minta pembayaran IDR 1.4 juta. Saya terus beritahu polis bahawa semalam mereka setuju cuma 600k dan makan hanya 60k per pax.
Polis minta saya bayar hanya 800k dan tidak perlu minta baki. Saya bersetuju dan kami terus ke bot setelah pembayaran terakhir dibuat.
Baca: 10 Tip Berjimat Ketika Travel Di Lombok, Indonesia
3.50am
Bot bergerak meninggalkan Gili Layar dengan 1001 kenangan pahit buat kami. Polis beritahu tak perlu lagi risau kerana beliau sudah bawa kami keluar dan terus menuju Gili Sudak, tempat resort milik Pak Gede kawannya Pak Duta.
Jam 3.50am, kami dibawa keluar dari Gili Layar diiringi 3 anggota Polis menuju Gili Sudak. Tiba di Gili Sudak sekitar jam 4.50am, kami di hidangkan air panas dan boleh berehat menunggu siang.
Jam 5.50am, Pak Duta menghubungi saya bertanyakan situasi kami. Dia beritahu semua ongkos membawa kami keluar dan hantar ke Feri siangnya ditanggung sepenuhnya oleh beliau atas keprihatinan beliau membantu kami yang tertipu lebih 2.4juta IDR.
Jam 7.30am, Pak Didi menghubungi saya dan beritahu dia siap membantu hantar kami dari Nirvana Medang ke Jeti Lembar.
Jam 8am, Pak Sahar dan seorang lagi boatman yang lama kerja di Kuala lumpur datang membantu hantar kami dari Gili Sudak ke Nirvana Medang.
Jam 8.20am, kami disambut Pak Didi dan dihantar terus ke Pelabuhan Lembar. Pak Didi bantu kami beli tiket feri langsung dari loket dan kami bersalaman.
Tepat jam 10am, feri besar ini bergerak menuju Padang Bai.
Tujuan kami seterusnya adalah ke Ubud, Bali. Kerana kecewa kerugian IDR 2.4juta di Gili Layar, kami ambil keputusan terus pindah ke Bali yang sepatutnya dijadualkan esok.
Sebetulnya kami dalam trip menjelajah Amazing Indonesia. Destinasi pertama di Lombok, kemudian ke Bali, Bandung, Padang, Medan – Toba dan terus ke Aceh. Destinasi terakhir mungkin ke Jogja pada 19 Feb nanti.
Doakan perjalanan kami semuanya selamat pergi dan pulang. Pengalaman di Lombok mengajar kami untuk lebih berhati-hati dan tidak mudah percayakan orang yang baru dikenali.
Kata Pak Didi, “Jangan mudah percaya orang yang menabur bakti kepada kamu waktu kali pertama berjumpa.” Kurang lebih begitu apa yang saya fahamkan.
Terakhir, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua warga Lombok yang prihatin dan sanggup tidak tidur malam semata-mata mahu memastikan kami selamat.
Terima kasih kepada Pak Duta, Pak Didi, Pak Gede, Pak Agus, Pak Sahar, Pak Henri dan semua yang terlibat termasuk team Polis Desa Sekotong dan Polis Marin Lombok.
Untuk yang mahu ke Lombok, simpan nombor mereka ini yang boleh dipercayai dan telah banyak membantu kami sepanjang di sini.
+62818542733 – Pak Duta
+6281239960607 – Pak Didi
+6281237613600 – Polis Desa
+6285205008400 – Polis Marin
+6281339374378 – Pak Agus polis marin
Gili Gede – Layar, Lombok
Kepada pelancong Malaysia, kalau nak ke Lombok, hati-hati. Full of scam. Kalau naik bot dari mana-mana jeti nak tuju Gili Gede dan Layar, hati-hati.
Semua tekong bot akan berhenti tengah laut dan paw korang RM 180 / 500k IDR. Jika tidak bersetuju, mereka akan tinggalkan ditepi pantai sahaja.
Sedangkan ketika di loket ejen transportasi, mereka sudah charge kita sejumlah besar yang harganya termasuk bot dari jeti ke Gili Gede / Layar.
Patutlah masa di Gili Air, mereka tak recommend untuk ke Gili Gede walaupun mereka bilang di Gili Gede jauh lebih cantik banding Trawangan, Meno dan Air. Rupanya memang rutin tekongnya sebegini.
Jadi kalau nak ke Gede atau Layar, hati-hati. Terlalu banyak kos tersembunyi yang dikenakan. Sedangkan harga bilik low season yang sepatutnya 350k IDR pun boleh jadi 600k.
Nyamuk pun banyak. Air tawar tiada. Jadi kalau nak ke sini, berhati-hatilah dengan ramah mereka. Ramah ada makna. Lebih senang di Gili Air kerana di sana mudah tawar menawar dan makanan juga murah.
Sekian laporan tentang Gili Gede yang jarang diberitakan orang di laman pelancongan – Brado Kapak.
Bagi anda yang ingin ke Lombok, boleh jadikan Facebook Group Lombok Bacpacker yang dikendalikan oleh Pak Duta Here sebagai rujukan dan juga untuk mendapatkan informasi yang berkaitan.
Tiada siapa yang ingin percutian mereka menjadi huru hara. Tapi tak salah jika bersedia dari awal dan tahu apakah jenis scam dan penipuan yang sering terjadi di lokasi yang dituju.
Semoga perkongsian oleh Brado Kapak ini dapat dijadikan panduan buat anda agar lebih berhati-hati sewaktu travel ke Lombok.
Lombok cantik, orang-orangnya ramai yang baik. Jangan hanya kerana sikap segelintir daripada mereka, kita serik untuk ke sana.
Hakikatnya penipuan seperti ini ada di mana-mana. Hatta Istanbul yang terkenal sebagai Kota Cinta juga tak terlepas daripada berbagai jenis penipuan. Namun percayalah, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.
Buat Brado Kapak dan rakan-rakan, selamat menikmati keindahan Indonesia. Tuhan tahu kalian mampu hadapi cabaran sebegini.
Baca lagi: 10 Persoalan Asas Yang Perlu Diketahui Sewaktu Anda Merancang Untuk Travel