Malam tadi kepulauan Lombok dilanda gempa sekali lagi dengan gempa berukuran 7 skala ricther. Kejadian ini telah mengakibatkan seramai 91 orang dilaporkan terkorban dan kemusnahan beribu-ribu buah rumah dan bangunan di pulau ini.

https://twitter.com/NewsKali/status/1026117708398649345

Menurut Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho, gempa bumi berlaku di 27km Timur Laut Lombok Utara di Nusa Tenggara Barat pada jam 6.46 petang waktu tempatan. Bekalan elektrik dan komunikasi juga telah terputus di beberapa kawasan dan pihak tentera sedang giat menghantar bantuan perubatan di kawasan terjejas.

Pada minggu lepas, kepulauan Lombok dikejutkan dengan gempa bumi 6.4 magnitud yang mengakibatkan 17 orang maut, beratus-ratus cedera dan lebih kurang 500 pendaki terkandas di gunung di kawasan kepulauan itu.

Gegaran gempa bumi ini juga turut terlalu kuat sehingga turut dirasai di Bali dan amaran Tsunami telah dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia. Akibat kejadian gempa bumi ini juga, banyak pelancong asing mula meninggalkan Pulau Lombok dan lapangan terbang sesak dan Syarikat penerbangan Garuda Indonesia telah menambah beberapa penerbangan untuk memudahkan urusan pelancong keluar. Pemilik penerbangan tambang murah AirAsia, Tony Fernandes menulis di Twitter bahawa syarikat penerbangan itu juga sedang berusaha menambah penerbangan di Lombok.

https://twitter.com/tonyfernandes/status/1026284509573001217

Kepada anda yang merancang ingin bercuti ke Lombok atau Bali dalam masa terdekat, kami cadangkan anda tangguhkan sementara percutiaan ke dua lokasi ini. Semoga semuanya selamat sahaja.