Napoli rasmi menjadi juara Serie A sekali lagi dan Scott McTominay diumumkan sebagai MVP Serie A  untuk musim ini.

Scott McTominay, bekas pemain Manchester United, telah mencipta sejarah baharu dalam kariernya apabila membantu Napoli menjuarai Serie A musim 2024–25.

Dengan jaringan akrobatik menakjubkan menentang Cagliari, McTominay menjaringkan gol ke-12 musim ini, sekaligus memastikan kemenangan dan kejuaraan keempat Napoli dalam sejarah kelab.

Prestasi cemerlangnya turut diiktiraf apabila beliau dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Serie A musim ini.

Dari Old Trafford ke Naples

Selepas lebih dua dekad bersama Manchester United, McTominay membuat keputusan berani untuk berhijrah ke Itali pada musim panas lalu.

Dengan yuran perpindahan sebanyak £25.7 juta, beliau menyertai Napoli dan segera menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Scott McTominay: Saya Tak Menyesal Tinggalkan Man Utd

Keputusan untuk menyertai kelab Itali terbukti tepat apabila beliau menjadi tonggak utama dalam kejayaan kelab tersebut.

Lagipun dia lebih dihargai di Napoli dan diberikan jaminan untuk menjadi pemain utama pasukan.

Dia menjadi pemain penting di bawah Antonio Conte. Di mana McTominay diberi peranan lebih ofensif berbanding posisi bertahan semasa di United.

Perubahan ini membuahkan hasil apabila beliau menjadi penjaring terbanyak dalam kalangan pemain tengah Serie A musim ini.

Scott McTominay: Tinggalkan Old Trafford Untuk Menjadi Juara Dan MVP Serie A 2024/25

Conte mengubah sistem permainan untuk memaksimumkan potensi McTominay, menjadikannya pemain zon 14 yang efektif di bahagian tengah padang.

Kecemerlangan McTominay di atas padang menjadikannya pujaan hati penyokong Napoli.

Scott McTominay

Tanpa gol gol yang dihasilkan McTominay, adalah mustahil untuk Napoli menjuarai Serie A memandangkan saingan sengit diberikan Inter Milan.

McTominay memberikan perbezaan yang membantu Napoli dalam persaingan kejuaraan.

Beliau dikenali dengan pelbagai gelaran seperti “McFratm”, “McTerminator”, dan “Apribottiglie”.

Peminat menunjukkan sokongan mereka melalui tatu, bendera, dan macam macam lagi.

tatu

McTominay juga menunjukkan komitmen tinggi dengan mempelajari bahasa Itali dan Neapolitan, serta memuji budaya tempatan, termasuk kualiti tomato Itali yang digemarinya.

Kejayaan Scott McTominay bukanlah satu-satunya pencapaian pemain Scotland di Itali musim ini.

Rakan sepasukannya, Billy Gilmour, yang turut menyertai Napoli dari Brighton, memainkan peranan penting dalam kejayaan kelab.

Perjalanan Scott McTominay dari Old Trafford ke Naples bukan sahaja mengubah kariernya, tetapi juga mengukuhkan statusnya sebagai legenda baharu di Napoli.

Keberanian dan dedikasinya membuktikan bahawa perubahan besar dalam hidup boleh membawa kejayaan yang luar biasa.