iPhone sememangnya menjadi buruan ramai berikutnya modelnya yang premium dan juga mempunyai nilai jual semula yang tinggi. Siapa sangka sekumpulan pencuri nekad pecahkan dinding untuk mencuri sejumlah iPhone seakan dalam filem aksi.

Insiden ini berlaku di Seattle, Amerika Syarikat yang mana dilaporkan telah dilakukan oleh 2 orang pencuri dengan memecahkan dinding sebuah kedai kopi yang bersebelahan dengan Apple Store menerusi ruang tandas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan pencuri berjaya melarikan sebanyak 436 unit iPhone yang dianggarkan bernilai $500,000 (~RM2,2 juta).

Eric Mark selaku pengurus runcit kedai kopi di situ berkata beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana stor jagaannya itu diceroboh selepas mendapat panggilan daripada pihak berkuasa.

Hal ini kerana kedai yang diselianya itu hanya menjual kepada pelanggan sangat spesifik. Selepas berbincang dengan polis, beliau mengesahkan premis perniagaannya digunakan sebagai laporan pencuri untuk sampai ke Apple Store yang bersebelahan dengannya.

Beliau percaya bahawa terdapat seseorang individu yang arif dengan selok belok stor bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan tersebut. Pihak polis bagaimanapun masih melakukan siasatan dan belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan insiden itu.

Sumber