Beberapa hari yang lalu, kita mendengar berita tentang saudara seislam kita di Palestin yang dibantai oleh askar Israel di dalam bulan mulia ini. Tindakan keji mereka ini sememangnya dikutuk oleh ramai orang.
Susulan itu, DragonForce Malaysia iaitu sebuah organisasi pengodam tempatan tampil melancarkan #OpsPetir bagi menunjuk protes terhadap kekejaman rejim Zionis di Palestin. Difahamkan operasi serangan ini menyasarkan laman-laman sesawang yang berpengakalan dari negara itu.
Baca Juga:
- Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel
- Tindakan DragonForce Malaysia Bocorkan Data 280,000 Pelajar Israel Dapat Perhatian Media Pro-Zionist

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan menerusi platform Telegram, pihak DragonForce berjaya mengodam sebuah laman sesawang universiti swasta terkemuka di sana. DragonForce Malaysia bersama mereka yang berkemahiran telah menjalankan #OpsPetir sejak pagi semalam.

Perkara ini sekaligus telah membuatkan sebahagian individu di negara itu ‘koyak’ terhadap serangan baru-baru ini. Setakat ini, laman sesawang itu masih gagal diakses kerana terjejas teruk dek serangan Ddos berskala besar.
Pihak DragonForce Malaysia juga mengatakan misi #OpsPetir ini bakal berlangsung sehingga bulan Syawal kelak. Sebagai sokongan, anda boleh menitip doa buat saudara kita dan juga para pejuang agama agar mereka diberi keselamatan dan juga kemenangan melawan kezaliman Zionis.