Sebuah situasi gempar telah berlaku dalam negara apabila dilaporkan sejumlah besar kawasan di Malaysia termasuk Lembah Klang dan Utara Malaysia mengalami gangguan bekalan elektrik. Situasi yang berlaku nyata membuatkan orang ramai tertanya-tanya dan panik dengan kejadian yang berlaku.
Banyak kawasan di Lembah Klang dan beberapa negeri dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) July 27, 2022
Menerusi laporan terbaru daripada Facebook TNB Careline, pihak mereka memamklumkan bahawa terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan. Pasukan teknikal TNG sedang giat mencari punca gangguan elektrik manakala usaha baik pulih sedang giat dijalankan.
Perkongsian TNB Careline yang dilakukan hampir sekitar 24 minit lalu setakat artikel ditulis ini sudah meraih lebih 2,000 shares di kalangan netizen yang tertanya-tanya isu yang berlaku.
Sementara itu, isu kritikal yang berlaku di sebahagian besar Lembah Klang ini dilaporkan turut melibatkan bangunan seperti Mahkamah Duta dan HUKM terputus bekalan elektrik. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu yang berlaku.
Whole of Damansara, Hartamas, Kelana Jaya having electricity blackout. Hoping there is a contingency plan for this
— Jalil Rasheed (@jalilword) July 27, 2022
Alor Star, Kuantan, Melaka, Seremban pun tiada elektrik! Apa kes @Tenaga_Nasional ?
— MohdFaizalHassan 🇲🇾 (@f4izalhassan) July 27, 2022
Update – The Exchange 106 takde
elektrik. Stuck kat lobby takleh naik office lift tak function. The receptionist said ni first time & diorang suruh bertenang 🤔🤔— Miralalalol (@miraazira30) July 27, 2022
Almost whole semenanjung actually. Heard that north states pon takde elektrik https://t.co/xGx8acwKvc
— Kerel (@aerilazrul) July 27, 2022
Kuala Lumpur Electric Black Out #tnb
— Thinarasan Ambikapathi (@ThinarasanA) July 27, 2022
Diharap isu melibatkan gangguan elektrik ini dapat segera dibaik pulih dalam memberi kelegaan kepada orang ramai sekaligus membolehkan industri daripada pelbagai sektor dapat berjalan seperti sedia kala.
Tular pada minggu ini apabila CEO BubbleBee ini menunjukkan ‘hasil’ tembok rumah yang tidak kukuh serta mudah dijatuhkan hasil kerja pemaju.
Pandu Lamborghini Dan Tidak Berkira, Siapa Sebenarnya ‘Sultan Pemurah’ Di TikTok?