Pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, Allahyarham Salahuddin Ayub dirasai bukan sahaja di kalangan rakyat dan kerajaan, bahkan badan korporat juga terkesan dengan pemergian beliau.
Semasa Astro Awani menghubungi Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Ameer Ali Mydin, beliau tidak dapat menahan sebak apabila diminta berkongsi pandangannya mengenai pemergian Allahyarham Salahuddin.
Baca Juga:
- ‘Jawatan Yang Kita Ada Hanyalah Sementara’ – Netizen Tersentuh Pesanan Terakhir Datuk Seri Salahuddin Ayub
- Mahu Mudahkan Pengguna, Kerajaan Bangunkan Aplikasi Carian Lokasi Menu Rahmah
- Gembira Sepinggan Hidangan Hanya Serendah RM5, Mat Saleh Ini Mahu PM UK Contohi Menu Rahmah
Saya dari pihak mydin akan continue menu rahmah ni., Sampai mati saya akan buat – Datuk @ameermydin pic.twitter.com/uTeqKUd1VJ
— Mat Sekilau / Membalak 🪵 (@apanakdikato) July 24, 2023
“Jadi memang betullah ia satu inisiatif yang sangat simple, tapi dia merasai apa rakyat lalui. Saya harap kawan-kawan dalam industri ramai dah jumpa beliau dan ramai yang kenal, kami akan teruskan ini (Menu Rahmah).
“Saya daripada pihak MYDIN akan teruskan Menu Rahmah ini sampai mati saya buat,” jelas Datuk Ameer dalam nada yang sebak.
Dalam temu ramah itu juga, Datuk Ameer memuji Allahyarham Salahuddin yang sentiasa terbuka untuk berbincang sekiranya ada isu yang timbul di dalam industri.
Walaupun hari sudah lewat malam, Allahyarham Salahuddin akan menghubungi semula untuk berbincang bagi memastikan isu yang timbul dapat diselesaikan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Allahyarham meninggal dunia akibat pendarahan otak di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah, pada malam Ahad lalu.