Kisah pendek ini dikongsi oleh Tuan Yazid Zul, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Cerita ini pendek sahaja, tetapi sangat tepat dan jitu.
Kami harap kami tidak akan membuat kesilapan begini dalam hidup kami.
Gurisan hati
Seorang adik laki ni terguris sangat hatinya mendengar kata-kata emaknya di majlis pengebumian si abang. Si adik ni seorang mat motor manakala si abang seorang graduan contoh. Bila si abang sakit dan meninggal, si ibu menangis dan berkata, ‘Mengapalah engkau yang meninggal?’
Si adik kecik hati mendengarnya. Sekalipun aku banyak kekurangan, tak sangka rupanya emak harap aku yang mati. Dia pun membawa diri. Berpuluh tahun tak balik rumah.
Si adik akhirnya balik apabila mendengar berita si emak nazak.
Si emak bertanya kenapa berpuluh tahun dia tak balik menjengok si emak. Si adik menangis dan memberitahu bahawa dirinya kecil hati dan terhina sangat apabila mendengar si emak bertanya mengapalah si abang yang meninggal.
Si emak berbisik perlahan kepada si adik dengan nafasnya yang terakhir:
‘Maksud mak ialah mengapa abang kau yang mati dulu, dan mengapa bukan mak. Takkanlah mak harap kau pulak yang mati. Kau kan anak kesayangan mak.’
Berpuluh tahun habis kerana salah sangka. Jagalah ukhwah dan elakkan bersangka buruk.
Sesungguhnya sebahagian sangka buruk itu ialah dosa..
Kredit: Tuan Yazid Zul
Like page The Vocket di Facebook