Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim berkongsi satu perkembangan terkini untuk membawa dua sukan baharu ke negeri Johor.

Menerusi hantaran Instagram @hrhcrownprinceofjohor, Tunku Ismail menyatakan satu rundingan sedang berlangsung untuk membawa sukan Ultimate Fighting Championship (UFC) dan World Wresting Entertainment (WWE) pada masa hadapan.

Baca Juga:

“Kami kini dalam perbincangan dengan pihak UFC dan WWE bagi membawa acara mereka ke Johor pada masa akan datang, dijangka pada tahun 2027 di Stadium SSI,” petik komen ringkas ditulis Tunku Ismail.

'Sedang Berunding Bawa UFC, WWE Ke Johor' - Tunku Ismail
Sumber Gambar: Instagram @hrhcrownprinceofjohor

Dalam hantaran Instagram itu juga, Tunku Ismail berkenan berkongsi gambar-gambar baginda bersama penggusti WWE terkenal; Triple H, John Cena, American Nightmare Cody Rhodes dan The Usos.