Penyanyi terkemuka berdarah Lubnan yang terkenal dengan Lagu Inshaallah iaitu Maher Zain akan membuat Konsert Jelajah Asia Tenggara pada tahun 2025.
Selepas enam tahun jelajah terakhirnya di Malaysia, pada kali ini dia akan merangkumi persembahan di Malaysia dan Singapura.

Menariknya, Maher Zain pernah menyatakan kegembiraannya untuk kembali ke Malaysia, sebuah negara yang disifatkannya sebagai “babak yang sangat penting” dalam kerjayanya.
Memandangkan bintang penyanyi islamik cukup terkenal di serata dunia, peminatnya yang berada di Indonesia meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui negaranya tidak tersenarai di dalam jelajahnya di Asia Tenggara pada kali ini.
Ramai merasakan ia sebagai satu tamparan hebat apabila Maher Zain sedia ‘skip’ jelajah negara yang memiliki penduduk Muslim terbesar di dunia sementara peminat Malaysia berpeluang melihat sebanyak dua kali iaitu Kuala Lumpur dan Sabah.
Bukan itu sahaja, Maher Zain lebih memilih untuk mengadakan konsert di negara yang mempunyai jumlah penduduk muslim yang realitifnya rendah di Singapura sekaligus membuatkan netizen Indonesia semakin tidak berpuas hati algi.
Agak mengejutkan, bukan sahaja Maher Zain malahan sudah sejumlah artis dari luar negara turut tidak berminat mengadakan konsert di sana dan lebih memilih ke negara jiran tetangga.
Ada yang percaya reputasi Indonesia di mata dunia sudah tercalar apabila hanya nama agama sahaja yang dibawa tetapi tidak ajarannya apatah lagi selepas Presiden Prabowo pernah menyatakan bahawa dia akan mengiktiraf negara Israel sedangkan Maher Zain adalah pendokong terbesar buat negara Palestin.
indo di skip maher zein
ini baru real realita brutal https://t.co/ayRVW3TkZJ— Icha | Weekend kerja 💻👩💻 (@Ichavarma_) June 11, 2025
Selain itu, sebahagian netizen di sana berpendapat jika kalau terlalu banyak birokrasi dalam mendapatkan lesen juga boleh jadi sebab mengapa banyak artis enggan datang ke Indonesia.
Perkara ini langsung tidak mematahkan semangat peminatnya di Indonesia kerana ada yang sudah mulai mencari tiket penerbangan yang murah untuk datang menghadiri konsert penyanyi kegemaran mereka itu.