Umum mengetahui bahawa Sissy Iman telah menangis selepas menerima kritikan hebat oleh Mas Idayu di pentas pertandingan nyanyian, Famili Duo dan hal tersebut telah menjadi bualan ramai.
Terbaharu, Sissy Iman telah memuat naik sekeping gambar yang memaparkan albumnya yang dirakam pada tahun lepas di Abbey Road, London. Menurutnya, album tersebut sepatutnya dilancarkan bersama merchandise seperti cawan, t-shirt dan lain-lain pada 2 Februari ini.
Akan tetapi, Sissy mengatakan dirinya hanya mahu jual album tersebut pada harga RM20 selepas sudah tidak berasa teruja lagi untuk perasmian album itu. Malah, Sissy mengatakan dia terpaksa letakkan bayaran kerana perlu menampung beberapa kos penghasilan album.
“Album ni memang telan banyak sangat cost dan semua sissy tanggung sendiri atas duit cari makan selama hampir 10 tahun merangkak dalam industri.
“Tapi i think i can’t even look at it tanpa rasa sedih jadi im letting this album go as donation saja.” tulis Sissy.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti memberikan kata-kata semangat kepada Sissy Iman dan berharap dia tidak berputus asa. Para peminat juga berkata akan terus memberikan sokongan kepadanya.