Kegembiraan seorang pelajar darjah 6 menjual soft cookies di sekolah terbantut selepas mendapat halangan daripada ketua pengawas.
Menerusi perkongsian Facebook Huspalita Hussain Arif, beliau menceritakan pengalaman anak perempuannya yang berusia 12 tahun ‘berbisnes’ di sekolah dengan menjual soft cookies.
Baca Juga:
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- Ini Kisah ‘Boss Susu’ Pinjamkan Modal Sampai Bisnes Kawan Cina Capai RM25 Juta Setahun
- Belajar Daripada ‘Tokan’ Dadah Bertaubat Ini, Sekarang Buat Bisnes Untung RM4.4 Juta Setahun
Hasil bisnes itu, anaknya berjaya meraih RM300 sehari.
Bagaimanapun pelajar itu tidak dapat menjual lagi kerana ketua pengawas sekelas dengannya menghalang dia berbuat sedemikian.
“Menariknya, bawalah soft cookies banyak macam mana pun, pasti habis setiap hari. Duit tally dengan soft cookies yang dibawa walau dia asyik ulang dia tak pandai kira, tak pandai berniaga.
“Sesungguhnya terkejut dengan apa yang dia boleh buat sebab si Hessa ini pemalu sangat kalau suruh meniaga. Syabas! Minggu depan dia kata nak stop sebab ketua pengawas yang sekelas dengan dia dah sound dia.
“KP nak report kepada cikgu. Manalah KP tak marah, budak-budak sampai beratur dekat luar kelas nak beli soft cookies Hessa. Tapi Hessa kata ada cikgu yang beli soft cookies daripada dia,” ujar ibu pelajar tersebut.
Pada masa sama Huspalita berasa bangga dengan anaknya kerana sepanjang dia berniaga, pelajar itu mendapat duit cash tanpa perlu mengejar hutang.
Hantaran yang mendapat lebih 7,800 tanda suka itu telah meraih perhatian warga Facebook.
Ramai memberikan sokongan terhadap pelajar berkenaan. Walaupun tidak lagi boleh berniaga di sekolah, warganet yakin pasti akan ada pelanggan yang menempah terus kepadanya.
Netizen turut mendoakan bisnes pelajar itu agar terus berkembang maju pada masa akan datang.