Sejarah baharu tercipta, rancangan berita nombor satu Malaysia, Buletin Utama di saluran TV3 bakal bersiaran sepenuhnya dari Balai Berita NSTP, Bangsar bermula jam 8 malam ini.

Selepas lebih tiga dekad, operasi berita rangkaian televisyen Media Prima Berhad telah pun melabuhkan tirainya di Sri Pentas, Bandar Utama semalam, Ahad (20 Oktober 2024).

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Penyiaran berita di semua rangkaian televisyen Media Prima bakal disalurkan sepenuhnya dari Balai Berita, Bangsar bermula hari ini.

Sejarah Tercipta, Buletin Utama TV3 Bakal Bersiaran Dari Balai Berita Malam Ini

Operasi di Balai Berita dilihat sebagai anjakan lebih dinamik dan relevan bagi Media Prima sebagai syarikat media yang inklusif di Malaysia.

“Kita akan sebumbung dengan semua platform media The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang juga antara jenama media di bawah Media Prima iaitu Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.

“Dengan perpindahan yang membabitkan studio dan sistem peralatan baharu, kami yakin dapat terus memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang inginkan berita terkini dengan hiburan sensasi,” kata Penasihat Eksekutif, Jabatan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima, Jasbant Singh.

Tonton video siaran terakhir Buletin Utama TV3 di Sri Pentas di bawah