FIFA telah memperkenalkan peraturan baharu 8 saat untuk penjaga gol, dan ia kini pertama kali dipraktikkan dalam perlawanan Ulsan HD vs Mamelodi Sundowns di FIFA Club World Cup 2025.
Apa Itu Peraturan 8 Saat?
Meenerusi peraturan tersebut, penjaga gol hanya boleh memegang bola lapan saat. Dan penjaga gol harus melepaskan bola tidak lebih daripada masa ditetapkan.
Pengadil akan mengira secara visual dan mula mengangkat tangan apabila tinggal lima saat .
Jika peraturan 8 saat dilanggar, apa yang akan berlaku?
Sebelum ini pasukan lawan akan mendapat sepakan percuma dalam kotak penalti, tetapi kebanyakan kes, pengadil hanya melayangkan kad amaran kepada penjaga gol.
Peraturan ini jelas sekali tidak diambil kisah sangat oleh penjaga gol. Malah ada yang berkali kali melanggar peraturan memegang bola lebih masa selepas mereka mendapat kad kuning sekalipun.
Ini kerana, kebanyakan pengadil akan rasa sukar memberikan kad kuning kedua untuk kesalahan seperti itu dan memutuskan untuk melanjutkan masa perlawanan.
Kini, penjaga gol yang melanggar peraturan 8 saat, pasukan lawan akan diberikan sepakan penjuru. Ini kerana dengan memberikan sepakan percuma dalam kotak penalti setiap kali berlaku pelanggaran peraturan 8 saat, dianggap hukuman terlalu berat.
Jadi berlaku detik bersejarah pada aksi Ulsan vs Sundowns. Dalam perlawanan pada 18 Jun 2025, penjaga gol Mamelodi Sundowns, Ronwen Williams, didapati memegang bola melebihi waktu yang dibenarkan — sekitar minit ke‑82/83.
🚨⌚️ The new 8 second rule was implemented during the Ulsan vs Mamelodi Sundowns match at the Club World Cup….
Goalkeeper Ronwen Williams held the ball for more than 8 seconds, therefore a corner kick was given to the opposition team. pic.twitter.com/Ad3NG8jYbi
— EuroFoot (@eurofootcom) June 18, 2025
Pengadil Clement Turpin segera meniup wisel dan memberikan sepakan sudut kepada Ulsan HD. Ini adalah contoh perlaksanaan peraturan 8 saat pertama yang dirakam dalam edisi kompetitif Club World Cup.
Reaksi berbeza
Ramai yang menyokong tindakan tegas ini — sebagai usaha memerangi ‘time‑wasting’ dan memastikan permainan lebih pantas.
Sebelum ini peraturan ini sudah diuji cuba sejak awal musim 2024–25 di tempat seperti Premier League 2, liga Maltese, dan dalam CONMEBOL. Data menunjukkan hanya sekitar 4 sepakan sudut diberi daripada lebih 400 perlawanan — tetapi penjaga gol secara purata lebih sedar akan had masa.
Walaupun ramai menyokong, ada juga yang membantah. Bekas penjaga gol antarabangsa England, Paul Robinson membantah penggunaan sepakan sudut sebagai hukuman — menyifatkan ia tidak selari dengan realiti di atas padang.