Pelakon veteran, Fauziah Nawi mendedahkan bahawa gaji DJ radio mempu mencecah RM150,000 sebulan dan memaklumkan gaji antara RM5,000 sehingga RM40,000 adalah perkara biasa.

Hal tersebut telah menjadi bualan ramai di media sosial. Terbaru, Ikhwan Lein yang pernah bertugas sebagai penyampai radio tampil memdedahkan apa yang diketahuinya mengenai gaji seorang DJ.

Baca Juga:

@mingguanwanita

Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander. #mwambiltahu #mingguanwanita #penyampairadio #industriseni #fyp

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Jika dibandingkan dalam dunia seni memang benar gaji penyampai radio adalah tinggi dan bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Fauziah Nawi.

Akan tetapi, dia menegaskan bahawa bayaran yang diterima berdasarkan pengalaman dan skil seseorang penyampai radio itu sendiri.

Susulan pendedahan Fauziah Nawi, ada netizen yang memetik nama Linda Onndan Salleh Yaakob mengatakan mereka menerima gaji sehingga RM45,000 sebulan tetapi dakwaan tersebut dinafikan oleh Linda sendiri dimana sebenarnya gajinya tidak mencecah RM10,000.

Bercakap tentang isu penamatan kontrak pula, dia beranggapan ia lumrah dalam dunia penyiaran radio dan dia mendoakan mereka yang terkesan agar sentiasa percaya kepada rezeki.

“Sebagai bekas penyampai radio selama 12 tahun, apa yang boleh saya katakan adalah kita ini ibarat macam pemain bola sepak, habis musim bertukar ke kelab lain.” ujarnya.

Sekadar info, Ikhwan pernah berkhidmat sebagai penyampai radio selamat 12 tahun di dua stesen radio, 10 tahun di Hot FM dan dua tahun di Kool FM.