Sebuah kedai makan telah mengundang kecaman netizen kerana taktik promosi kedai tersebut yang dianggap menghina golongan OKU – Orang Kelainan Upaya.
Dalam video promosi yang dibuat di platform TikTok, kedai tersebut memperlekeh dan mempersenda golongan OKU untuk dijadikan konten jenaka.
Lantas ianya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan netizen yang menganggap ianya perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
Seorang warga OKU turut mengkritik video promosi itu.
“Dah normal nak jadi, OKU pula, saya berharap pihak kedai makan tersebut memadam video yang mengejek golongan OKU dan fizikal orang lain,” tegas lelaki tersebut.
Restoran dikecam promosi kedai hina fizikal OKU
PETALING JAYA – Tindakan sebuah restoran makanan laut dipercayai di Jitra, Kedah yang didakwa membuat video seolah-olah menghina orang kelainan upaya (OKU) dikecam orang ramai. pic.twitter.com/huitGX5QVN
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) July 30, 2024
Netizen kemudian memberikan komen mengajak agar kedai tersebut diboikot.
Kedai makan tersebut kemudian tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa konten tersebut sekadar mengikut trend yang viral di TikTok ketika ini dan tiada niat menghina golongan OKU.
Staf tersebut turut memetik beberapa video daripada kedai yang lain yang mempromosikan kedai mereka dengan cara yang sama.
Dalam kenyataannya, wakil kedai tersebut berkata: “Sebelum itu, kami ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas video yang diviralkan ini. Sememangnya kami staff hanya meniru content yang viral malah langsung tidak expect telah timbul masalah yang langsung tidak diingini.
“Sebaliknya tidak sangka video yang diviralkan ini telah menconteng nama restoran. Namun, “masing masing mahukan viral sehingga tidak fikir tentang pihak yang lain”, kami akui kesalahan ini dan insyaallah sebaliknya kami cuba untuk terus berhati hati dalam memuat naik video lain.”
Dalam video yang sama staf tersebut mengkritik netizen yang mendoakan agar anak mereka nanti lahir OKU.
@achiksteamboat_shellout penjelasan atas video yang telah diviralkan:) kami memohon seribu kemaafan kepada semua orang 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 #achiksteamboatandshellout #fyp #trending #mohonmaaf #viral #fypシ #steamboatandgrill
♬ original sound – Achik Steamboat & Shellout – Achik Steamboat & Shellout
Netizen kemudian tidak begitu puas hati dengan cara staf tersebut meminta maaf yang dianggap, masih sempat cuba memetik nama orang lain di atas kesilapan mereka.