Tular pada minggu lalu apabila pelawak Lan Pet Pet dilihat merangkul leher dan memukul seorang penghantar makanan menerusi sebuah video pendek. Video tersebut turut memaparkan Lan Pet Pet yang seolah hilang sabar dengan penghantar makanan berkenaan.

Sejurus selepas video tersebut tular di media sosial, dilaporkan Lan Pet Pet tidak menunggu lama untuk memberi keterangan penuh di balai polis atas nasihat peguam bagi menceritakan perkara sebenar. Laporan daripada penghantar makanan itu pula tiba dua ke tiga hari selepas laporan dibuat Lan Pet Pet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
WhatsApp-Image-2021-05-08-at-9.52.04-PM
Lan Pet Pet bersama peguam Aswandi Hashim. Sumber: Sinar Harian

Menerusi perkognsian Lan Pet Pet, semuanya bermula apabila beliau risau dengan keadaan penghantar makanan yang menunggang motosikal secara merbahaya serta turut memegang telefon pintar.

Beliau seterusnya telah membunyikan hon keretanya namun penghantar makanan tersebut dikatakan telah mengangkat isyarat jari berbaur lucah dan provokasi.

Lan Pet Pet dikatakan masih sabar dengan kejadian sehinggalah apabila kedua-keduanya bertemu di mana penghantar makanan berkenaan mahu memukul Lan Pet Pet di mana beliau terpaksa mempertahankan diri. Perkongsian video pendek yang tular tempoh hari memperlihatkan Lan Pet Pet yang memukul penghantar makanan berkenaan seolah mengeruhkan keadaan.

Terbaharu, difahamkan kini Lan Pet Pet beserta penghantar makanan berkeaan telah pun berdamai mengenai isu berlaku manakala laporan polis yang dibuat turut ditarik balik.

Untuk pengetahuan, ini merupakan kali kedua dalam tempoh 3 tahun terakhir ini Lan Pet Pet terlibat dengan pergaduhan. Beliau sebelum ini turut menjadi buah mulut netizen apabila memukul seorang pengawal keselamatan iaitu Pak Ya pada 6 April 2019.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu yang berlaku melibatkan Lan Pet Pet dan penghantar makanan dengan klik pautan di bawah.

Rangkul Leher Dan Pukul Penghantar Makanan, Lan Pet Pet Sekali Lagi Terlibat Dengan Pergaduhan

Tular Video Pukul Penghantar Makanan, Lan Pet Pet Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Sumber