Dalam usaha mendapatkan hartanah bagi tujuan menetap mahupun pelaburan, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan. Mendapatkan undercon, subsale atau lelong antara altenatif yang tersedia.

Setiap kaedah ini ternyata mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Contohnya, rumah lelong sering kali ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding rumah undercon atau subsale.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini menerusi perkongsian Facebook ESZAM Auctioneeer Sdn Bhd di mana sebuah ‘rumah’ di Melaka sedia untuk dilelong pada harga RM243,000.

Meskipun umum tahu rumah lelong mungkin hadir dalam keadaan yang tidak memuaskan, keadan rumah nyata jauh daripada sangkaan ramai apabila rumah ini sekadar hadir dengan rangka tiang dan dinding sahaja yang tidak sempurna.

Selain itu, pintu pagar dan bumbung tidak lagi kelihatan menerusi gambar yang dikongsikan. Difahamkan lelongan bagi rumah berkeluasan 5,952 kaki persegi ini sedia dijalankan bermula 5 Julai 2023 ini seperti harga yang tertera.

Menerusi perkongsian, para pembeli yang mahu mendapatkan rumah ini boleh mendapatkannya dengan pembelian secara tunai sahaja.