Sejak beberapa minggu ini, perkhidmatan LRT kerap kali tergendala tanpa kira masa, sehingga menyebabkan ramai pengguna terkesan lebih-lebih buat mereka yang mahu pergi dan pulang dari tempat kerja.

Terbaharu, pada pukul 8:46 pagi tadi, satu lagi pengumuman mengenai perkhidmatan tergendala telah dikongsikan pada media sosial RapidKL. Hantaran tersebut telah menjadi ‘medan’ tempat meluahkan rasa tidak puas hati pengguna.

Daripada komen-komen yang dikongsikan oleh para pengguna LRT pada pagi ini, didapati perjalanan tren bukan sahaja tergendala, tetapi ia juga ‘tersangkut-sangkut’ dan berhenti secara mengejut sehingga menyebabkan ada sebahagian penumpang di dalamnya terjatuh di antara satu sama lain.

Nyata orang ramai lagi, pengumuman yang dibuat juga ‘kurang jelas’ sehingga menyebabkan ramai pengguna terpinga-pinga cuba menangkap mesej yang hendak disampaikan ketika situasi agak genting.

Beberapa gambar dan video yang dikongsikan oleh pengguna yang ada di beberapa stesen LRT ketika ini, kelihatan ramai pengguna sedang menunggu giliran untuk menaiki tren menuju ke tempat destinasi masing-masing.

Sumber Gambar: Facebook Rapid KL
Sumber Gambar: Facebook Rapid KL
Sumber Gambar: Facebook Rapid KL

https://twitter.com/ninasukor92/status/1528902410194006016?s=20&t=BJ0JjLInXIVwT54OtR-7Vg

https://twitter.com/OddQil/status/1528908554983579648?s=20&t=BJ0JjLInXIVwT54OtR-7Vg

Ada pengguna menyatakan masalah perkhidmatan tergendala telah berlaku sebanyak tiga kali dalam masa singkat yang mula terjadi sejak pada pertengahan bulan ini.

Setakat artikel ini ditulis, pada pukul 9.18 pagi Rapid KL menyatakan mereka sedang mengawal selia perkhidmatan pada kelajuan biasa dan kekerapan akan dipulihkan seperti biasa.

Rapid KL turut mengucapkan terima kasih atas kesabaran pengguna dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Baca lagi insiden kemalangan LRT yang telah menggemparkan satu Malaysia. Klik pautan-pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

‘Saya Nampak Ramai Orang Cedera Dan Meraung’ – Mangsa Kongsi Pengalaman Terlibat Kemalangan LRT

Alami Cedera Parah, Keluarga Mangsa Kemalangan LRT Sedia Tuntut RM1.8 Juta Daripada Prasarana

Netizen Tidak Setuju Mangsa Kemalangan LRT Hanya Diberikan Pampasan RM1,000